Saturday, July 31, 2010

Baca Entri menggunakan akal di kepala, bukan mengunakan kepala lutut.

Halu..halu..halu..Pekabar bloggerz & readerz sumer? Sehat? Alhamdulillah..Since hari ni aku takde plan pape lg, meh le kita ushar2 fenomena berblogging alaf ini. Ha, yang blakang tu, meh rapat2, yg tepi kiri kanan tu, meh dekat2..Opss..sebelum tu, sekalung tahniah untuk Imam Muda Asyraf yang berjaya bergelar Imam Muda terunggul. InsyaAllah, kalo ada rezeki, JMR pon nak gak jadi Imam Muda gak, boleh?

Yup, tak dpt dinafikan setiap hari ada je newbies blogger yang mendaftar. Untuk apa mereka berblogging & kenapa, itu hal peribadi masing-masing. Masing-masing mempunyai sebab musabab tersendiri. Usah dipertikaikan. Readerz utk sesuatu blog pon, makin hari makin bertambah. Termasuklah komentator. Ada yg open minded & ada yg close minded. Bukan hak bloggerz untuk menidakkan buah pemikiran mereka. 

Yang menjadi persoalan, mereka yang memberi buah pandangan yg menentang isi kandungan sesuatu entri, kebanyakan hanya mampu menggunakan nickname noname / anonymous. Kenapa dan mengapa? Kalo rasa relevannya pandangan yang diberi, kenapa tidak menggunakan nama asal/url ke territory kamo? Mengapa takot? Takut pandangan yang diberikan itu ditentang pula? Bukankah dengan membaca sesuatu entri seseorang blogger dgn menggunakan akal fikiran di kepala akan menghasilkan satu kesimpulan yang persis & jitu? Readerz mempunyai hak untuk menyimpulkna sesuatu entri & bloggerz bukanlah seorang penulis yang betul semua isi penulisan. Cuma gaya/stail penyampaian biarlah kena pada adatnya.

Ok, berbicara pasal isu Anonymous, atau tiada nama ini, ada yang mengatakan mereka ni ada cermin kepada diri sendiri. Kalo negatif yang diorang dok komen, maknanya blogger perlu betulkan diri. Kalo positif atau pujian diorang, blogger haruslah berusaha mementenkan performance blogging. Jangan pas dapat pujian terus lupa diri dan poyo lelebih lak, tak gitu..

Rasa-rasanya berblogging ni perlukan kod etika atau main belasah ikut sesedap nafsu & kata hati? Alasannya, blog bukan di bawah kuasa sesiapa, tak perlu nak berdaftar dengan SSM, ataupun mana-mana kementerian untuk memiliki blog. Sesuka suki untuk memanipulasikan blog, asalkan blogger berpuas hati. Boleh? Ya, boleh memang boleh, tapi lepas tu, tahankah blogger ngan cacian&makian daripada pihak lain. Sebabnya, mereka juga tidak mengamalkan kod etika tika mengomen, sama mcm blogger yang tidak berkod etika ketika berblog. Will get back what you gave..


" Becareful in the use of the freedom, careful in the sense that we will be able to back what we say with truth and fact " said Tun M..

*sharing is caring. & saturday is boring day..........JMR

15 comments:

ardinihumaira said...

dni dah blocked anon takleh komen di blog dni... bukan penakut... pengcut.. tapi malas nak sakitkan hati sendiri baca komen2 tak berasas wal hanya nak jatuhkan semangat kita... kalo nak hentam, tampil dengan segala hormatnya. bukan baling batu soronk tangan. tak seronok cemtu... kan.. tu je reason dni... :D ramai dah tak kasi si anon bercakap skang ni kan.. tu la.. sian anon yang baik hati. kerana cili padi sebijik, habis pedas megi semangkuk. tak dapat budak kecik umo 5 tahun nak makan. siannn isk3

Bro Framestone said...

sabtu free ek...
ahad esok je yang full huhuhuhu

ok...

harap session depan mu dapat masuk imam muda ek

J.M.R said...

tenkiu bro F..wah2..doa tu..imam muda JMR..cam tak kena jer..heheheh

JAI said...

Setuju on TUN Dr.Mahathir Statement 110%..hehe

.s.o.f.i.a. said...

bakal imam muda bley dibawak pi HRC tak.....?? semalam kena tarbiah ngan abah kes dok pi konsert dayang.... sob sob!!! janji nie LAST! omaigod...... abah nak anak dia jadik imamah kot....

J.M.R said...

aiyo..blum pape, dh kuar gosip2ni..tak suke tao..hahahah..

mummysyafie said...

JMR, dulu ada jugak anon yang bangi komen kat blog akak. ada yang memberi pandangan negatif n ada positif.

yang negatif tu akak tak kisah..amik sebagai iktibar or motivasi untuk perbaikki diri dan blog akak

tapi paling tak tahan..ada yang mengejek..mencaci..bukan aja padah akak..tapi family n kekawan.

kalau mereka betul..si anon harus tampil ke depan. bagi hujah dan pendapat mereka dengan cara yang betul. bukan dengan cara yang boleh menjatuhkan maruah orang lain

akak anggap anon macam ni tak punya kerja lain selain mencaci..mengherdik orang lain tanpa berfikir adakah diri mereka hebat??

so..daripada melayan si anon..so akak hadkan blog aku untuk blogger or yg ada acc je leh komen. senang cerita!!

J.M.R said...

MummyS: yup, itu keputusan terbaik. Kan better kalo anon tu sumer pro, kalo kita slh, tegur lelok, jangan baling batu, sembunyi tuttt....hahahahah

mak batin said...

yezza. anon lpastu komen kaw2 sgt xbrtanggungjawab. bak kata tagline mak batin, fikir dengan otak bukan siku

Kaseh NazLieza said...

lain org lain buah fikiran kan...tpulang individu tu jer nk mnyampaikan apa yg mereka rse..jgn melanggar tatasusila sbg manusia yg beradab sudah..eheheh

a kl citizen said...

berani kerana benar...
benar pada kita, tak semestinya benar pada orang lain. tapi kita tetap berani. dan keberanian yang terhormat ialah berterusterang

itu silapnya si anon

terbaru dari saya : entah apa

fanadz said...

ala..anon tu cari salah orang je yg dia tahu..kita tulis lain, dia faham lain.orang macam tu takyah le layan..buat sakit ati je.hehe.

MiszNoRuL said...

salam..

sy setuju..mmg kalau ade sesetengah blogger yg tgh sedap kutuk mengutuk bagai..tibe2 ade jek cik/incik anon yg dtg kutuk dia balik...kalau berani sgt berkata kenapa nk kena jadi ANONYMOUS? kalau lelaki tu mmg sy panggil takde tutttt la..pompuan tu mmg eeer ntah tade hidung kot?hahha..

stakat ni tk kena lagi la macam tu..ms depan wallahualam..

p/s..nk LIKE entri ni !<3

maslinamansor said...

terus terang... mas tak suka dengar caci maki nie... Meruntukan semangat berblogging.
Tapi kalau ada usur2 nasihat... itu ok!!!

sHe Can said...

TUN m IS THE BEST..teringat satu masa dulu, dapat greet dgn dia tp si dia jeles!come on..