Thursday, June 17, 2010

|| Sultan Brunei CERAIKAN Azrinaz Mazhar Hakim ||

Masih ingat lagi pada Azrinaz Mazhar Hakim? Beliau pernah mengungguli top search dalam Google pada tahun 2005. Azrinaz Mazhar Hakim bernikah dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada 20 Ogos 2005 dan dikurniakan dua cahaya mata pada tahun 2006 & 2008. Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Abu Bakar telah mengumukan penceraian oleh Sultan Hassanal Bolkiah di saluran Brunei News pada 16 Jun 2010. Azrinaz Mazhar Hakim adalah bekas pengacara TV3 juga ditarik balik semua darjah kebesaran & pingat yang dikurniakan padanya. 

::kredit pic 2 GOOGLE::

Suatu tika dulu, dikatakan perkahwinan ini mampu mengeratkan persaudaraan antara Brunei & Malaysia. Diharap juga, penceraian kali ini tidak memberi sebarang impak negatif dalam persaudaraan Malaysia & Brunei.

17 comments:

MiSs FaiRlaDy JiM said...

wah hari2 aku baca citer org cerai sana sini...sedey nya...semalam citer kak melah bercerai selepas 10tahun..ni citer kerabat plak...:(

chumeley said...

kak melah yang mane ni?
ramlah ram ke?
hadoii..

.o r k e d. said...

sebab penceraian?

helena's said...

itu lah cikhel harap camtu lah..takde lah nt perbalahan..

atty's said...

siannya ..apalah sebabnya

Nina Nurziana said...

lahai... apsal kene cerai..~

kak ina kl said...

salam..berita 9 pun sibuk cerita blogger buat spikulasi tentang penceraian Sultan Brunei..

blogger lagi hebat..betul tak?

Anonymous said...

Sebagai rakyat Brunei yg cintakan tanah air dan sultan nya,terus terang saya mewakili hampir keseluruhan rakyat Brunei bersetuju yg tindakan yg di ambil baginda satu tindakan yg tepat dan bijaksana. Bekas isteri baginda seorang yg tamak, sombong,pencuri,tidak jujur,tidak amanah dan mengamalkan ilmu hitam.Sepertimana janji Allah s.w.t, persekongkolan dgn iblis tidak akan berkekalan dan sekali lagi kami rakyat Brunei menyatakan sokongan terhadap sultan kami yg keputusan yg di ambil adalah keputusan yg bijaksana.Kami rakyat Brunei sudah muak dan menyampah dgn kelakuan dan adab bekas isteri baginda yg mengada-gada dan perasan cantik.Dahlah muka tembam semacam.Selepas bermacam-macam jenis pembedahan plastik pun tetap tidak dapat menandingi kecantikan asli permaisuri pertama. Wslm.

JMR said...

ano(rakyat) : tenkiu for the info..hope malaysian & rakyat brunei tidak menjadikan ini satu isu utk bermusuhsan..pasti sultan brunei mempunyai reason yg tersendiri...

Kaseh NazLieza said...

minta djauhkan la penceraian ni...

nama saya NINA said...

hari2 kes org cerai..huuu...

Anonymous said...

Saudara Saudari,

Assalamulaikum.

" Bekas isteri baginda seorang yg tamak, sombong, pencuri,tidak jujur, tidak amanah dan mengamalkan ilmu hitam " - Anonymous Brunei

Fitnah yang amat berat sekali. Gunakanlah akal yang dikurniakan Allah swt dan fikirkan lah betul-betul sebelum anda mempercayai tohmahan dari saudara (saudari) Anonymous yang emotional di atas.

Janganlah kita terlalu leka membuat cerita dan mewakilkan diri untuk negara, sehingga sanggup menjadi golongan Munafik. Terima sahaja lah, jodoh pertemuan adalah di tangan Allah swt.

Bagi saudara-saudari yang bersimpati saya pasti Puan Azrinaz dan keluarga amat berterima kasih di atas doa anda.

Terima kasih.

Anonymous said...

hmmm…. I think itz better for both bruneian/malaysian here to simply ignore/leave this issue completely, itz juz a waste of time…. well, no profit at all… this is an act of simple ignorance and spread of hatred…. to bruneian leave this and concentrate to the Sultan birthday instead, and to the malaysian, juz concentrate on ur 1malaysia program instead… well, make these two thing successful… and leave this un-important and not-worth-it stuff behind…. this issue dun deserve such a possition of being a thing to be discussed all the time… ^_^

Anonymous said...

(^_^) oh one more thing, let us all together study the holy quran sura hujurat aya 6, 9-13 & 18 :- (may Allah bless us muslim and to those non-muslim with His great blessing and vast forgiveness and kindness and hidaya to the right path in this time, a time to be called akhiru-zaman which the qiyama is so near to us)

(6) Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

(9) Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

(10) Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

(11) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

(12) Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

(13) Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

(18) “Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan”.

Anonymous said...

I would like to exchange links with your site www.jmr23.com
Is this possible?

Anonymous said...

Iyalah tu. Tiba-tiba cerita dikatakan fitnah oleh seseorang yang pun tak tau langsung sebab sebenar hanya semata-mata disebabkan orang yang salah itu satu negara dengan dia. Lepas tu keluarkan dalil untuk penyedap rasa dan nak tutup mulut orang dari reply balik.

Tertanya-tanya pulak, ketika tu lupakah dalil haramnya mencuri, menipu dan doa besar melakukan ilmu sihir ?

Anyway, CCTV istana tak pernah menipu.

Anonymous said...

Iyalah tu. Tiba-tiba cerita dikatakan fitnah oleh seseorang yang pun tak tau langsung sebab sebenar hanya semata-mata disebabkan orang yang salah itu satu negara dengan dia. Lepas tu keluarkan dalil untuk penyedap rasa dan nak tutup mulut orang dari reply balik.

Tertanya-tanya pulak, ketika tu lupakah dalil haramnya mencuri, menipu dan dosa besar melakukan ilmu sihir ?

Anyway, CCTV istana tak pernah menipu.