Wednesday, June 9, 2010

||Photo Talk @ KKT Kuala Terengganu|| Antara MINAT & KEMAMPUAN

Nang3 ganung kiter!!!! Yeha, akhirnyer berjaya gak join Kursus Fotografi yang dianjurkan ole Kolej Komuniti Kuala Terengganu. Terima kasih la bebanyak pada En. Osman&teams selaku orang kuat kursus ni, dan juga kepada pihak House Of Waffy kerana menjemput saya ya. Opss..bukan sebagai peserta, tapi sebagai fasilitator. Wah gitu. Terasa diri ini sungguh berharga..Sanggup aku redah nek bas ke Kuala Terengganu, 12jam sebelum kursus bermula ye. Dah tertinggal bus gara-gara tiket Double Trobule 2, seb baik ade seat kosong on the next bus!! Sampai je K.T, sempat tido 2jam je, terus kena kejut dek si Waffy. Awal giler bangun, nervers katanya, almaklumlah 1st time bagi phototalk nih. Aiehh...
Act kursus ni selama 3hari. Merangkumi teori asas-asas dalam fotografi, penggunaan DSLR secara maksimum & teknik-teknik mengambil gambar dengan baik. Then diadakan juga praktikal such as street candid  sepanjang bandar Kuala Terengganu, model photoshoot, night shot di Jambatan Sultan Mahmud& etc..

Penceramah bebas a.k.a Cikgu Waffy ni kira dah ada pengalaman banyak dalam dunia forografi & highskill dalam communication skills, so no wonder la peserta2  rasa seronok&tak kekok dalam kursus nih. On the 1st day, lebih kureng 3jam dok bercerita pasal teori, aku pon agak ngantuk, tapi aku tengok peserta konsentret giler. Ni la yg kita mao, passion tu penting. So, nak tak nak aku pon kena la tahan ngantuk gak. Penat woo nek bus lelama, demi untuk kursus ni, aku redahkan ajer...
Ya, kelas ni tak semestinya untuk satu-satu golongan je tao. Ade yang muda, ada yang tak muda, sumer leh join. Tapi satu yang aku respek kat peserta kursus nih, even diorang ni datang dari profesion lain-lain, ada doktor, ade kontraktor berjaya, ada cikgu, ada PHD student, ada keje gomen, tapi bila diorang sit together semata-mata untuk dunia fotografi ni, diorang very2 humble. Takde yang nak berlagak & takde nak nunjuk2 apa equipment diorang ada. Diorang panggil kami pon- 'cikgu'..wah2, terasa cam cikgu-cikgi lak seketika. So, takde perbezaan darjat ye. Konsep yang diketengahkan untuk kursus ni cam 'Sharing is Caring'..tu yang best & uniknya kursus kali nih...
Sesi praktikal pertama, amik gambar motor kat parking!. ahazk..apa kejadahnya itu..hahah..takde la. Gambar kt atas ni masa diorang dok berprektikel untuk teori 30asas dalam fotografi. Maybe diorang ngah capture utk konsep depth of field kot..Untuk makluman, tika ni jam 3ptg ye, panas bukan main lagi, tapi mereka tetap bersemangat.
Ni gambar salah seorang peserta kursus. Korang tengok tu, apa yang tergantung kat leher tu. Canon 5D mark11!!!..tapi still mahu menuntut ilmu ma. Equipment saje dh lebih dari mampu nak bwt downpayment Honda Civic, tapi very da humble lorr..tabik spring aku insan camni..
Disebabkan passion yang gila dalam fotografi, mereka sanggup lepak tepi highway jambatan Sultan Mahmud sampai ke kol 12tengahmalam, semata-mata untuk memahirkan diri dalam nightshot. Tak kira laki mahupun pompuan. Semangat tetap sama ya.
2nd day, acara berjalan sekitar bandar Kuala Terengganu, dari Hotel Seri Malaysia ke Dataran Shahbandar. Mak aihh..1st time aku berjalan sejauh tu. Seb baik sambil-sambil klik shutter, so takde la terasa jauh sgt. Memang tabik la diorang sumer, sanggup berjalan sejauh tu. Tapi rasanya penat korang berbaloi kan coz pastu dapat shoot model yang vogue damboom! Dari mata dah kuyu kepenatan, terus celik je mata korang ek..hahahah...
Dah namanya photoshot kat Teganu. Tak sah kalo tak amik gambar di Masjid Terapung Kuala Ibai. Sanggup tu diorang menunggu dari kol6ptg sampai le ke sunset. Tu la yang dinamakan 'orang giler kamera'..Sanggup apa saje asalkan dapat hasil yang memuaskan.Syabas kekawan.

Hari last adalah hari untuk presentasi hasil tangkapan masing-masing. Setiap orang perlu persembahkan hasil masing-masing. Giler kagum tengok hasil setiap orang. Banyak giler improvement yang diorang buat. dalam masa 3hari ni. Terbukti, ilmu fotografi bukan sekadar pengetahuan dalam teori, tapi minat yang mendalam tu la yang akan membuahkan hasil yang berkualiti. Lima jari aku angkat, tabik respek atas semangat & minat yang mendalam korang!Salute!!!
Sekali lagi, tenkiu bebanyak kepada En Osman&teams selaku penganjur dan juga En.Waffy atas jemputan kali nih. Takde aral melintang, harapnya trip ke Kenyir aku dapat join gak nnt..weeehhooo!!!


Klik ||JMRtangkapgambar|| untuk lebih banyak gambar!!!

9 comments:

ezam said...

cayalah!!!!

bila nk kursuskan den


hehehehehe~

MiSs FaiRlaDy JiM said...

yeah!!! dah habis! habis berjalan!habis bershooting juga...:)

jfook said...

I love photography!

Dyana Hashim said...

besnye ! bila lg ade kursus eh ? tgh cuti ni ~ ehe. tp pkai d3000 je . T_T

~ ReD ~ said...

semangat giloss..!!! caya lah!

macam2 style ghupenya nak candid gmbr niye??

yg x le blah.. kos nak beli kamera boleh buat down payment honda civic?? MAHAL TUUUUUUUUU

NUNU EERA said...

nk reg utk next talk ye.. da dpt green lite tpi dslr xde..:(

Sharinginfoz said...

mesti seronok kan dapat ambil gambar macam2 memang ada skill but for me ambil gambar is just press the button

Ajey Mahat said...

wah.. seronok tu.. blh ajarkan den ni..;)

d_LA said...

x sngka lak abg slh sorg blogger yg sy follow ni jd tnage pngajar kat c2..ekceli mmg sy nk join tp probnye xde dslr lg T_T
bile nk dtg lg ;)