Wednesday, June 23, 2010

Pengemis terus menadah..

Orang cakap, kalo nak beramal biarlah kena tempatnya, baru lebih berkat. Sama cam nak bersedekah, lebih afdal untuk bersedekah pada mereka yang lebih memerlukan sedekah kamu itu. Ada gak orang cakap, tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima. Tapi kalo asik memberi pada tangan yang sama ajer, itu pon satu perkara yang patot difikirkan. Kan?...

Korang pernah alami situasi cam ngah sedap2 melantak tomyam, mungkin kat restoran biasa mahupun warung-warung tepi jalan, tetiba datang budak comot hulur tangan kosong. Ya ,tangan kosong yang meminta untuk diisi. Ok kamu bagi RM1. Belum lagi abes tomyam tu, datang lagi sorang hulur tangan meminta untuk diisi gak. Ok, kamu kasi lagi. Pastu datang lagi dan lagi & kamu terus mengisinya...Pemurah tol kan kalo ada orang camni. 

Murah rezeki pengemis-pengemis kat Malaysia nih. Senang le kije diorang untuk terus mengemis. At least sorang yang diminta akan bagi RM1, dalam masak kol8mlm sampai ke 12mlm, akan dapat tekel 50orang pelanggan. Kurang-kurang dapat gak RM50(zaman skang rasanya takde yg bg sedekah 50sen lg..)..tiap2hari kije selama sebulan RM50x30hari= RM1500..Wow...not bad pendapatan bulanan pengemis di Malaysia nih, tu belum kira overtime petang2 kat pasar malam atau pagi-pagi di pasar Ahad..takyah penat-penat masuk uni, takyah perabes duit beli buku mahal-mahal & takyah malu-malu pergi intebiu mana-mana company..

No wonder, kalo korang perasan, makin ramai pengemis muda yang mengemis di pasar-pasar malam, uptown mahupun downtown. Mereka memperolehi pendapatan lumayan, sehinggakan sudah taktahu erti susah payah mencari sesuap nasi. Terbaru, ada laporan membuktikan pengemis-pengemis muda ini menggunakan duit derma ke arah jalan yang salah. Mungkin ada yang cakap, 'alah, itu rezeki mereka...' . Yup rezeki mereka, tapi kenapa tidak diajak makan sama, atau belikan saja mereka makanan. Kenapa perlu diajar memberi Ringgit Malaysia yang belum tentu dimanfaatkan sebaiknya. Macam mana kalo mereka gunakan duit tu untuk membeli barang haram, dadah contohnya??. Jangan terkejut kalau suatu hari nanti, makin ramai generasi muda yang makin malas & hidup hanya meminta. Kerana Rakyat Malaysia terlalu pemurah....

** betul ke rakyat Malaysia ni pemurah? atau depan awek je tunjuk pemurah..ahakz....

chare gak kan mengemis pakai gini..











7 comments:

bubblesphoto said...

i slu kena..

i x kan bg, marah betol i tau,dtg mintak duit time mkn,senang betol mintak2 duit org,

slu i bt banggang je, kalau i geram sgt, i bt muka smbil jwb,XDE DUIT!

hah,mcm bongkak jer..tp i x suke bg duit kt pengemis!

Fifi Rahmat said...

tu la. bukan nak kedekut, tp, klu nak bersedekah tu, tgk la situasi dulu. klu org buta, maen muzik tepi jalan, atau jual tisu, boleh la nak hulur. sebab diorg neh, wlupon kurang upaya, diorg guna kelebihan, bakat, dan cari jalan utk tampung hidup. bukan terus2 meminta sedekah.

memberi wang pada orang yg tidak sepatutnya tu, ibarat menggalakkan lagi kewujudan peminta sedekah neh.

.o r k e d. said...

kalao yg btol2 memerlukan tu ok gak tp bile dpt tao dak2 tu g wt maen game lpas dpt tu yg gram sgt tu. 999 pnah dedahkan psl ni tp tah la. da serik

Aida Alias said...

kt bandar maybe byk la eh.. sib baik duk kt pekan je. jarang la ada gejala pengemis berkeliaran.

ejum said...

nanti aku nak buat part time pengemis lar. pengemis ni dah mcm perkerjaaan dah bg diorang..bleh dapat pendapatan tetap..haha

Anonymous said...

mvpc ypmwy Porn mhuaxg s hq s srl

Anonymous said...

jaxbgdl vdb sjucj porn star movies

jhkon!

aymvz puhkpr xyd orgy pics