Friday, June 25, 2010

Kadang puas, kadang tak puas..

Salam pagi Jumaat. Secara langsung dari sini untuk yang di sana. Tahniah untuk Slovakia, Japan, dan sekalung TAKZIAH untuk Italy & Denmark. Supporter jangan sedih dan juga jangan terlalu gembira, baru 2nd round ma!! Ok2, xnak bercerita pasal bola, nanti ada yang moody, ada yang meleret-leret...

Dan taknak gak bercerita pasal Ariel Peterporn atau PeterGay itu. Biarkan dia tenang di dalam sana. Rasanya biarkan hari Jumaat yang mulia ni berlalu tanpa gosip-gosip dan kontroversi mahupun spekulasi yang leh membuatkan seseorang itu bingung mahupun bengong. Mungkin juga lebih elok kalo Tiz Zaqiah & Fasha Sandha berdamai, mungkin juga leh berdiskusi samada untuk bermadu ataupun 'the best woman win!'..Opss.. Tenang menanti kini solat Jumaat tanpa spekulasi mengapa Maya Karin& suaminya, oppss bekas suami ke mahkamah syariah. Sejuk mata memandang si Liza Hanim yang ayu bertudung, lagi sejuk kalo Ayu Raudhah pun bertudung..Penuhi isi Jumaat ni dengan khabar-khabar yang menggembirakan daripada mendukakan seperti terbinanya sebuah masjid oleh Aishah&suaminya walaupun hanya kenal seminggu. Itu jodoh namanya.

Harus berpuas hati dengan semua yang terjadi walaupun kadangkala ada gak benda-benda yang tidak memuaskan hati. Betul kan? Biarkan seminggu yang berlalu sebagai kenangan dan seminggu yang mendatang sebagai perancangan. Tahniah untuk si Tedi yang berjaya dengan cemerlang. Kucing bukan sebarang kucing ye..Tapi series, seminggu ni rasanya tetiap hari aku dok baca cerita travel je, esp kat blog redmummy.com. Makin membuak-buak lak nak ke sana..Orang cakap, bahan pembacaan boleh mempengaruhi sesubuah perancangan&kemampuan..Betul ker?...ok2, dah ke laut nih. Kesimpulannya aku berpuas hati dengan hasil seminggu nih samada dari segi Unique Visitor & Buffered Earning..hikhik..ntah pape. Eh suka hati lah..Ahakz...SALAM JUMAAT buat sumer readers JBF!!! Esok hari Sabtu wooi...


**TQ kredit link kepada semua yang dilinkkan..:-)









5 comments:

- zuriey - said...

amboi sukanya dia.. baguslah camtu, petua awet muda

sI tEDI said...

eh! nama aku ada.
terima kasih dik, nanti aku belanja kau makan angin. kau nganga je mulut. ekekekekkee..

Smeua perlu usaha beserta kasih sayang.

he he he

Matjoe said...

rileks bro. oh dunya

ravishingpeacock said...

salam jumaat kmbali :)

♥cutebabygirl♥ said...

wah wah wah..
die rangkai kan semua cte dlm 1 entry.
hahahaha :D