Tuesday, June 29, 2010

DENDAM atau DENGKI?

Kenapa perlu berdendam ? & kenapa pula harus berdengki ? Dan apa pula beza antara dendam dan dengki. Atau mungkin dua term ni adalah satu sikap yang sama?

Mengikut kajian psikologi, orang yang marah itu, perasaan marahnya itu cuma 4 ½ minit. Jadi jika perasaan marah itu persis atau masih wujud dalam hati diri kita atau lebih panjang dari 4 ½ minit, 1 jam, 2 hari, 2 bulan, 2 tahun itu sudah masuk ke dalam sifat dendam. Ertinya, marah, sakit hati yang lama lebih dari 4 ½ minit ialah dendam. Ini merupakan definisi psikologi. 

Dendam boleh lahir daripada sikap dengki atau ketidakpuasan hati. Nauzubillah. Rasa dendam biasanya disimpan atau dipendam dan sukar untuk diluahkan secara lahiriah. Dendam gak timbul bila sesuatu kesilapan yang sukar dimaafkan. Dendam juga mencerminkan jiwa yang masih tidak tenteram. Banyak kekurangan yang tidak dapat di atasi dengan berbagai-bagai cara kecuali dendam dengan apa yang orang lakukan kepada kita.

 Perlu ke sesama manusia harus ada dendam dan dengki? Ya, haruslah kan..tapi sifat dendam akan memudaratkan diri sendiri. Kuatkan semangat, elakkan dendam yang hangat. Sucikan jiwa, sucikan hati hati, buatlah solat taubat banya-banyak bila timbul rasa dendam. ita pun kadang-kadang banyak buat silap kat orang, redhalah orang buat silap dekat kita.Dan harus sedar bahawa setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Tuhan takkan duga hambaNya yang tak mampu menanggung dugaan dariNya. Kadangkala rasa dendam lebih membara bila diapi-apikan oleh orang luar esp kekawan sendiri. So, pilih la kawan yang sebenarnya, yang berfikiran positif sentiasa. Dan kalo anda mampu, bersemukalah, face to face lah dengan orang yang anda rasa dendam itu. Slow talk & be gentle. Ingat, dendam bukan jalan penyelesaian & setiap masalah pasti ada cara mengatasinya.

“Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah mencintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali-Imran, ayat 134)

10 comments:

ardinihumaira said...

:) kadang2 kita ni sebagai manusia tak dapat lari dari rasa marah..

mamai said...

adik beradik satu mak dan satu bapak antara dendam dan dengki tu

@juera said...

enthlah..mnusia ni x sma..mcm2 jnis ada..mgkin dendam & dengki sbb mcm2 perkara..kita x thu hanya tuhan yg lbih mengetahui..tp elakkan la sikap2 spt ini..bykkn berdoa..mtk dijauhi dr sikap2 spt ini..Amin..

Kujie said...

kalau babitkan hati - mmg rumit

selagi terdaya kita elak, kita buang jauh2 perkara2 negatif tu walaupun sedar kita manusia mmg tak sempurna

NuNu EeRa said...

jauhi sifat marah yg boleh mendatangkan dendam dan dengki..

miEz haNeM said...

dendam dan dengki..
parah tu...
selalu gak terkena..
tq ..
sebab entri ni buat miez lebih paham nape ade org2 yg dedam dan dengki

Fifi Rahmat said...

klu yg sampai membunuh org tu, jenis mcm mana yer? dendam kot?

maslinamansor said...

Dulu mas muda2... selalu gak cepat marah tapi semenjak menjadi ibu dah kureng sikit...

Bila ada orang cari pasal dengan mas pada mulanya akan terasa marah tapi lama kelamaan akan hilang. Tak pernah lebih 1 hari pun...

niesz said...

dendam niesz kat org yg xbyr2 wit niesz tu mmg susah nk ilang..huhu..

Kaseh NazLieza said...

penyakit PHD selalu ader pd setiap org kan..xperlu la nk cemburu dgn kjayaan org lain..tp jdkan ia sbg cabaran utk bjaya..