Tuesday, June 22, 2010

Burppp..........|| RAHSIA KHASIAT BUDU ||

 Dah lunch? Jom la join skali.....

Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoea|cirit (diarrhoea)], penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara. Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan.

Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.
# Sila ke SALAMPANTAITIMUR.COM untuk lebih Rahsia Khasiat Budu..

JOM MAKE BUDU WEIHHH....!!!!
Pekena la ngan ulam fresh2..perghh..
meleleh dh?..ok2..bismillah..saya makan dulu............

14 comments:

Fifi Rahmat said...

pergh! hebat jugak budu kita neh yer? sampai di kaji di sana. lepas neh ramai2 lah serbu budu di kedai.

sayangsayangibu said...

erpp..best tui menu ye..
budu memang pembuka selero.

chumeley said...

sodap hingga menjilat jari kaki...

Frodo Baggins said...

>>___<<


hahahhahaha
perghhh hebat siot budu!
siap sampai neuron2 hotak tuh. keh3x

[-suziey-] said...

erkkk..dr dulu xpnh bejaya nk mkn budu..masin sgt ler..

NenekPenne said...

oh dari kecil lagi saya sudah makan budu sebab tu otak saya geliga ..ha ha ha..... tapi tulah budu ni pemusnah diet no.1 haishhh

Mak Su said...

oohhhh, jemput jemput
sila sila :)

niesz said...

huaaa...xmkn la budu nie..xbrani nk cube..

SHIKIN said...

banyak sungguh khasiat budu nie yek.makan,makan,makan dulu...saya pun suka makan huhuhuuu.bagus entry nie

ejum said...

mcm sodape je jmr...anto lar sni sikit

ravishingpeacock said...

pergh.pai cm2 skali khasiat die.bkn calang2 gak ek

lily lotus said...

seb baik baru lepas makan :D

Kaseh NazLieza said...

penah mkn skali mse housemate study try bg mkn..sdp jg..xsangka byk khasiat kn..

Peri PiA said...

anchovies sauce,lapaaa