Wednesday, June 30, 2010

Bukan senang nak jadi penyanyi....

Semalam baca blog Beautifulnara, pasal Aizdean yang baru disedari kewujudan dia sebagai penyanyi berbakat oleh media hiburan Malaysia. Tahniah atas penemuan baru ini. Tapi kan lebih bagus kalo sedari dulu lagi, bakat dia disedari oleh industri seni Malaysia. 

Bukan senang untuk dia menjadi seperti skang ni. Kerana aku still ingat lagi, masa mula-mula dia cuba rekodkan suara nyanyian dia menggunakan tape kaset. Kat Rikko-kaikan(hostel), memekak je dia siang malam, sambil-sambil study, sambil rekod suara sendiri. Bukan di studio, tapi di dalam sebuah bilik kecil. Tape hasil recording sendiri tu, dipass2 pd lecturer Jepun & kwn2 untuk didengari. Ada yang gelakkan dia, ada yang menyokong dia. Aku? Ya, ada masa aku gelakkan dia, ada masa aku dengar je nyanyian dia kalo aku datang lepak bilik dia. Merdu memang merdu, tapi masa tu vokal kureng..mmg kena kutuk je banyak..hahaha..tapi kepada peminat yang mula mencambah di Malaysia nih, yang dok riso kan kalo2 dia berubah pasni, satu je aku leh ckp, jangan riso, he's a good boy. Worth 100% kalo korg support dia. Satu ketika aku ada problem luh, dia antara yang pertama call aku. Thanx bro, & SELAMAT MAJU JAYA DALAM INDUSTRI SENI DI MALAYSIA ni...banyak-banyak bersabar kalo terkena gossip ya...bukan senang nak jadi penyanyi kan...

Then last year, aku dapat link Youtube dia, wow, series tahun lepas aku dah terpegun & LIKE lagu tu. Tapi, terpikir gak, bila la dia nak glamer kat Malaysia nih. Nah amik, semalam dah kecoh2 kat paper Malaysia pasal dia. @ NST,@BERNAMA, @MalaysiaInsider. Skali meletops ko din!!! Kalo korg nak dengar lagu-lagu dia, search je kt Youtube, aizdean, banyak lagu dia kt situ. Skali lagi WOW!!! untuk Aizdean @ Aizuddin..
 Sila cari mana satu Aizdean tika muda..ahakz!
KINI, dah glamer ko bro!

6 comments:

Hazzy Ishak said...

kenal dia ke?
belum sempat dgr dia nyanyi lagi...hehe

~ ReD ~ said...

hoho... memang susah mahu jadi penyanyi..:D

Matjoe said...

paling penting bakat

maslinamansor said...

kenal ker dia...?
Maknanya kenal rapat gak la dengan beutifulnara?

cik helena said...

ooo kenal dia eh?tapi tak penah dengar lagi,,tapi berita dia dah baca dah!

NenekPenne said...

tak kenalpun
tak tahu pun
la ni nak jadi penyanyi publish jer kat youtube, ada hasil wahhh terus glamer...