Tuesday, June 15, 2010

Antara Kisah Taufan Kota Damansara & Seharian takde entri

Yes, semalam satu entri pon tarak! Setelah beberapa bulan tetiap hari asik update je, finally semalam gagal gak. Gagal? Owh tidak...Series semalam macam takje seminit dua nak online. Padahal lappy sentiasa ada kat bonet kete. Tapi macam feel nak online tu ilang jer. Maybe efek taufan yang langgar area rumah petang Ahad tu kot..uiks..terpikir sejenak betapa Maha Kuasanya Dia..
Petang Ahad tu, kitorang sampai Kota Damansara 8 around 7pm. Maknanya tak sampai sejam pon taufan baru langgar area situ. Sepanjang jalan dari KD9 ke KD7, pokok2 tumbang cam kena langgar ngan something yang sangat tajam. Pokok-pokok besar lak cam selamber je kena tolak ngan something yang sangat besar. Tumbang uprooted dan hempap rumah penduduk, ada gak yang hempap kete orang. At first, aku cam pelik le, dah cam dalam citer omputeh je tempat ni. My uncle dah call, ribut datang & bilik kat atas abes lencun. Kitorg pk coz tak tutup tingkap or hujan lebat cam biasa. So, kitorg pk nak terus gi dinner kat umah aunty satu lagi kat KD6. Tapi rasa cam tak sedap hati, harus masuk KD8 gak. Nah amik, banyak jalan blocked ngan pokok-pokok besar yang aku taknah terpikir akan tumbang uprooted gitu. 

Sampai je kat rumah, mak aii..pasu-pasu sumer pecah. Kerusi batu yang berat giler pon leh terbalik. Lagi malang, kat depan umah, khemah-khemas batang besi berterabur cam ringannya besi-besi tu. Naik-naik bilik, lencun giler. Sah-sah kepingan atap dah kena bawak lari dek taufan tu. 

Mengikut uncle aku & jiran-jiran yang ada semasa kejadian, time tu cuaca tenang je. Takde ujan, tak angin apa pon. Tetiba je datang something cam kepulan asap puteh berpusing-pusing, ala yang cam hurricane, torpedo citer omputeh tu, langgar area rumah dan bawah terbang benda-benda yang ada di sekitar. Lepas diorang ramai-ramai laung azan, baru taufan tu berenti. Though, taufan tu takde sampai 15min pon, tapi dia nyer power cam kuat giler. SubhanAllah..kalo sesapa berada dalam situasi tu, kalo tak sedar lagi kebesaran Dia, tak tahu lah..
Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian. Mungkin juga ini adalah dugaan dan peringatan dari Dia. Kesian kat jiran depan umah, dah le baru seminggu pindah masuk, then masa ngah kenduri le kena serang ngan taufan. Apa-apa pon, kepada mangsa keadaan, bersabarlah ye..
So, korang rasa ada kaitan tak tak sempat update blog & taufan Kota Damansara?.......mmm...

10 comments:

MiSs FaiRlaDy JiM said...

"8 aroung 7pm" lepas balik dari hometown around dah tukar slang juga yer..hehehehe..

anyway memang lah semua yang terjadi tue ada hikmahnya..pada pandangan mata nmpk keburukan..

tapi disebaliknya pasti yang dapat banyak pengajaran..ini dah syukur kerana keadaan lintang pukang bukan dibuat oleh manusia seperti di GAZA..;) Peace no war :::

Sharinginfoz said...

teruk juga "taufan" tu ya.... anyway pasal tak miss entry tu, apa kata buat aja auto publish untuk seminggu ke....

Followers 400

NuNu EeRa said...

tgk tmpt kejadian slps sehari berlalu pun da dpt bygkan mcm mna dashyatnye.. subhanallah..

JMR said...

jim: ko nampak je kan..hahahah

sharing: hehehe..dalam draft dh de, tp lupa nak auto kan..hehehe

nunu: u tgk kan semlm..hehehe

mommyYen said...

ayooo..teruk juga taufan tu yer..nasib baik takde apa-apa yg buruk tjadi..

q-nizam said...

teruk jgak..aku ingat skit2 jekk..rumah ko teruk ke?

~ ReD ~ said...

hoh! ngeri aku kalau taufan pokok jatuh hempap2 ni...uuiiiiii

ezam said...

sangat sangat sangat merindui kota damansara...hampir 7 tahun menyewa disitu..huhuhuhhuh...


semalam sempat singgah lunch di restoran jom makan area padang kota sana..

menggamit memori.....

sI tEDI said...

masyaAllah,
mengerikan!!

Anonymous said...

Nice post and this post helped me alot in my college assignement. Say thank you you on your information.