Thursday, May 13, 2010

TERIMA KASIH BUAT HAFIZ HASHIM

Lupakan apa yang terjadi pada team Malaysia ketika melawan Jepun. Mungkin bukan 'salah' dia sampaikan 'dia' tak mampu mengawal perasaan di gelanggang. Penonton tak berada di tempat pemain, pasati takkan merasa stress dan tekanan yang dialami oleh pemain. Percayalah, tekanan di gelanggang sebagai pemain & juga tekana sebagai penonton adalah berbeza. Walaupun 'dia' dikatakan seorang pemaian profesional, tapi dia tetap manusia biasa, sama je cam kita esp. tentang HATI&NAFSU AMARAH.....

Adat la pabila memikul tugas mewakili negara, nak-nak kalo pertandingan di peringkat tertinggi. PIALA THOMAS adalah suatu yang berprestij. Giler tak tertekan sapa yang main untuk cup nih. Semalam masa Malaysia vs Denmark pon, aku yang takde kt Bukit Jalil, hanya menonton di rumah pon stress&pressure gak, nak2 bila Zakri kalah. Seb baik Hafiz Hashim dengan sempoinya berjaya kalahkan player Denmark. Barulah lega, walaupun NI baru episod suku akhir, tapi feel untuk Piala Thomas ni lain sket..huhuh...biasalah, bila kalah dikutuk, bila menang dipuji..hehehe..

TAHNIAH TEAM MALAYSIA! 
TERIMA KASIH HAFIZ HASHIM COZ MENGHIDUPKAN KEMBALI HARAPAN MALAYSIA UNTUK MENJULANG PIALA THOMAS...

Kepada penyokong di stadium, aksi korang sebenarnya memberi impak kepada performance player. Positif yang korang berikan, positiflah result yang korang dapat. Yang paling penting, sentiasa menyokong wakil Malaysia walau dalam apa jua situasi pon. Kitakan 1MALAYSIA...

10 comments:

sayangsayangibu said...

siapa sangka kan?
lepas kalah dgn jepun tu...

nuraarin-life said...

Hafiz hashim betul-betul bangkit semalam... Lega, walaupun cabaran lepas ini lebih getir, tapu kita masih perlu yakin...

md nasir said...

kadang2 kesian gak tgk player2 Malaysia nie..bila menang disanjung,dijulang..bila kalah 'lebam-lebam' kena bantai ngan peminat..mana ada org yg masuk pertandingan nak kalah,betul x?
harap lepas nie our team success utk peringkat seterusnya..

http://www.stormreaders.net/mNasir

Wahidah said...

tahniah hafiz hashim,...bestnyaa..kat sini nk tgk piala thomas ne payahla..aduhaii

RieNa said...

kena kutuk kaw2 baru dorang ni nak bangkit..
takkan nak kena kutuk selalu kot. kesian pulak..

Filla ~ Kasih Aleeya said...

bila kalah dikutuk, bila menang dipuji.. memang malu nak admit.. tapi sesungguhnya kita semua mcm tu!!! hahahaha....lagi pressure jadi player tu sndiri.. huhu.. janji Mesia menang semalam.. sakit jantung haku tgk semalam!!! hidup Malaysia!!!

Yunus Badawi said...

Salam. Lama tak kemari.

Hafiz main coollah malam tadi. Kalau terus maintain mcm ni Lin Dan pun boleh dikalahkan. Bagi Chong Wei lawan second single hehehe

lily lotus said...

hensem lah dia tu..haha..tetiba

gooseberries said...

mmg hafiz jd wira malaysia mlm td. tp still be proud ngan chong wei, wong chun han. n paling best kedua2 team beregu. best sgt when lwn denmark smlm.harap2 hafiz still ok dan x lembik bila main..hee =)

Anggerek said...

hope Malaysia boleh dptkan piala thomas tu walaupun mcm susah. esok nk g tgk live semifinal kat bukit jalil heheheh