Monday, May 3, 2010

Minyak ikan tidak bantu jadi pandai?

NEW YORK: Minyak ikan mungkin bagus untuk jantung namun tidak bermakna ia memastikan anda kekal bijak, menurut kajian dua tahun penyelidik Britain.

Banyak kajian menunjukkan mereka yang makan lebih banyak ikan memiliki fungsi mental lebih baik dan kurang mendapat penyakit nyanyuk. Namun. selepas mengkaji 748 lelaki dan wanita berusia 70-an, penyelidik dan Sekolah Kebersihan dan Ubatan Tropika London ragu-ragu dengan kaitan itu.
Tiada seorang pun menunjukkan apa-apa perubahan dalam fungsi kognitif selama percubaan 24 bulan, seperti yang diukur dengan ujian fungsi mental pada permulaan dan penghujung kajian. – Reuters 

Adakah ini sumer hanya sekadar mitos atau dah terbukti? Atau juga bergantung kepada persekitaran...contohnya, kalo btol minyak ikan ni leh tingkatkan kecerdasan otak, tapi dalam masa yang sama persekitaran yang tidak elok mempengaruhi minda seseorang pelajar, adakah pelajar tersebut terus cemerlang? Ayuh kita ungkaikan sebuah persoalan.... 

7 comments:

Hazzy Ishak said...

semua tu bergantung pada keadaan, lainlah kalau dia dilahirkan dgn IQ yg tinggi
he he he

With Love,
HazzySuperb

Redbloodsnow said...

a'ah..tol tuh...setujuh dgn ape yg hazzy kate tuh :P

~ ReD ~ said...

ermm...supplement je kot tu. yang penting ada gak usaha nak blaja kalau nk pndai. lainla kalau memang diciptaNya seorang genius. kau makan la kepala ikan bilis pun, genius jugak.

~ ReD ~ said...

eeh.. apa plak ikan bilis?? ikan laa..ahaks. ala, ikan bilis pun ikan gaks.lalalal~

mamai said...

untuk jadi pandai harus belajar

gooseberries said...

minyak ikan just baik untuk kesihatan lebih2 lagi jantung.tp kalu x seimbang @ terlebey pulak bleh menyebabkan sakit jantung. tp untuk otak xde la plak dgr manfaatnyer.. =) just my opinion

sophie said...

Usaha tu penting! takyah mkn minyak ikan kan?hehehe