Saturday, May 8, 2010

[JMR] Kawan, jangan menyerah kalah, jangan berputus asa...

Kawan,

Tak guna mengeluh tika kamu rasakan hidup ini sudah berakhir. Tak guna mengeluh tika kamu rasakan tiada kawan di sekeliling kamu. Tak guna juga mengeluh tika kamu rasakan tidak mampu untuk bersarapan walaupun hanya sekadar sekeping roti..
 Tapi kawan,

Bangun dan gagahkan diri untuk berdiri demi pengakhiran hidup yang lebih sempurna. Berdiri sama tinggi dengan mereka yang mempunyai jati diri yang berkualiti tinggi. 

Carilah 1000 kawan dan ciptalah 1000 jalan untuk berkawan pabila kamu rasakan tiada kawan di sekeliling kamo. Janganlah terlalu taksub mengejar bilangan kawan, sedangkan tika itu mereka tidak tahu erti seorang 'kawan'.

Berusahalah dengan sepenuh daya & seikhlas upaya supaya kamu mampu bersarapan bukan sekadar sekeping roti, malah kamu mampu menyediakan sebuku roti untuk santapan keluarga sendiri. Usaha diekori dengan doa dan tawakal mampu mengubah episod harian yang sugul menjadi lebih unggul.
Assalamualaikum wbt...tak jawab dose..ececece..menggedik lak aku di petang hari Sabtu nih. Sebenarnya aku kat umah nih!!! hahaha..agak pelik la kan sesapa yang kenal aku, petang2 Sabtu ni aku kat umah. Biasanya aku lesap jer manjang kalo di hujung minggu. Wat to do, Cik Nunu pulang ke kampung jumpa mama. So, apa lagi, ngadap lappy la sepanjang hari ni. Owh tidak, itu bukan rutin aku di hujung minggu. Malam ni ada besday party kat umah kazen aku a.k.a Nani. Berbelah bagi lagi nak pegi ke idok. Since dh ngadap lappy, wat kije2 editing untuk album orang kawen, memang tak terasa masa berlalu cepat jer. Aish..ngeluh ke? Idaklah, nak cakapnyer, aku nyer komitmen pada kije ni tahap cipan tinggi tao, tak sia-sia sapa hired aku..hukhuk..pergi ke tak pergi, pergi ke tak pergi, pergi ke tak pergi...ermm...gini2, sapa2 datang amik aku kat umah, kira aku pegi lak nanti...
Belek-belek folder digital lama nih, terjumpa la gambar2 zaman muda luh. Tetiba terasa rindu lak ngan sumer tu. Cepat je masa berlalu, sedar2 dah bertahun aku tinggalkan 'zaman' tu. Dah berlambak pahit manis perjuangan yang pernah aku lalui. Tak kisahlah pahit camner pon pengalaman tu, tapi kalo dikenang balik pada saat ni, terasa manisnyer. Pengalaman itulah yang mengajar aku erti sebuah kehidupan. Tak senang untuk senang, dan tak susah untuk jadi susah. Tepuk dada, tanyalah hati&diri masing-masing. Ke mana arah dan hala tuju sebenarnya sebuah kehidupan nih?. tettt..! No answer, korang jawap lah sendiri ye.
 .
Aku pernah berada betul-betul di puncak, dan aku pernah jatuh terjelepuk betul-betul cium tanah. Tapi aku tak terus mencium tanah tu, aku bangkit dengan penuh kesakitan dan kepayahan sebab aku sedar dan aku taknak terus mencium tanah. Thanx Allah, coz aku ada famili yang membantu aku untuk bangkit. Ditambah lak dengan keyakinan aku untuk terus bangkit sendiri. Hanya diri kita sendiri yang mampu mengubah masa depan kita sendiri. Kali pertama jatuh, aku bangkit, dan jangan harapkan kita tak akan jatuh lagi. Satu je tips aku, easy..kalau jatuh, jangan putus asa, gagahkan semangat untuk terus berdiri, walaupun payah, langkah demi langkah, insyaAllah kamu mampu berlari sepantas yang kamu mahu.
Aku tak cakap yang aku dah mampu berlari sepantas yang aku mahu. Aku sekadar berkongsi saat jatuh bangunnyer aku. Yang aku mahu sampaikan hanyah frasa " Jangan menyerah kalah, jangan berputus asa..." Sedih lihat generasi muda skng ni yang terlalu desperate dalam sesuatu benda. Putus cinta, sampai nak putuskan nyawa sendirila, fail exam sampai nak gantung diri la, termengandungkan anak boifren, sampaikan nak bunuh lak baby yang tak salah pa pe pon. Come on dik, banyak lagi jalan penyelesaian, ya, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian, sama je, setiap penyakit pasti ada ubatnya kecuali MATI, itu janji Allah kan..
Jarang untuk seseorang mampu mengatasi setiap problemo itu bersendirian. Carilah telinga yang sudi mendengar, tapi AWAS jangan tersalah mencari..ada jenis telinga yang mendengar dan membuat tindakan yang positif. Ada telinga yang terus memberi respon negatif, menambahburukkan lagi keadaan kamu. Seelok-eloknya carilah insan yang sentiasa ada bersama kamu, dari jasad kamu ditiupkan roh, sehinggalah ke hari ni, I.B.U..cayalah, hanya ibu/ummi/mama/mummy je yang betul-betul memahami, bukan rakan, bukan bf/gf..
 
Umi penah cakap kat aku, saat kita dilanda musibah, itu tandanya Tuhan sayangkan kita. Tuhan takkan menguji hambaNya kalo Dia tahu hambanya itu tak mampu menghadapi sumer tu. Yang paling penting, mental perlu kuat. Jangan terlalu ikutkan kata hati, nanti mati..ikut nafsu, lesu..Jangan terlalu memandang rendah kemampuan diri sendiri, setiap bayi yang lahir, sudah tertulis suratan dan aura hebat untuk penghidupan mendatang. Jangan menyerah kalah dan kerahlah tenaga untuk hidup sendiri.

Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian Dia datangkan pula petir dan kilat, puas kita menangis mencari matahari, rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah..
AKU MENULIS BUKAN KERANA NAMA..tak salah kan kalo sekali skala, kita share sapa kita sebenarnya. JMR bukan manusia biasa.. series, life aku tak macam kebanyakan orang. Abes SPM, masuk matrix or IPTA or OVERSEA, then grad, pastu kerja. OWh..tidak..maybe aku ada episod tu, tapi setiap episod tu ada cerita di sebalik cerita..aku pernah jatuh, tapi aku bangkit kembali. Aku pernah menangis, tapi aku lebih sukakan ketawa ceria..Paling penting aku bangga dengan setiap episod yang pernah aku alami, dan aku bersyukur kerana aku masih mampu berdiri di sini. Terima kasih aku untuk mereka yang sentiasa sokong&memahami aku hingga ke saat ini. Terima kasih juga daripada aku untuk kalian yang sudi mendengar celoteh aku nih...JMR

10 comments:

Kaseh NazLieza said...

lieza sgt suka entry ni..sbb lieza jg sudah rse jatuh bgn hdup ini...

Anggerek said...

among ur best entry. strongly agree.
"everyone wants happiness, no one wants pain...but u cant make a rainbow without a little rain"

JMR said...

liza: yg penting bangun kembali..

anggerek: tenkiu..nice quote..

sI tEDI said...

tanpa pengalaman pahit manis kita tentu tak berada di tempat sekarang.

Sharinginfoz said...

memang penting kawan masa susah nak senang kan...

Ery Farieha said...

polypropylene?
ngaaaaaaaaaaaaa nama sangat kimia spt course aku
=.=

azieazah said...

Kak Azie sangat suka entri ini. Terimakasihhh...

sophie said...

entry best! dah jatuh bangun balik..Jngn terus cium tanah lama..=)

sofiah shariff said...

Tak guna mengeluh tika kamu rasakan hidup ini sudah berakhir. Tak guna mengeluh tika kamu rasakan tiada kawan di sekeliling kamu. Tak guna juga mengeluh tika kamu rasakan tidak mampu untuk bersarapan walaupun hanya sekadar sekeping roti......

----> wah, terkesan sungguh ngan rangkap ni....

Anonymous said...

Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian Dia datangkan pula petir dan kilat, puas kita menangis mencari matahari, rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah..

sound familiar to me..well, i noe, 1 day u will 'reuse' it.. :)