Saturday, May 15, 2010

Hadiah aksi robot dance untuk penyokong Malaysia.

image credit to bharian.com.my

Kan best kalo aksi robot dance gitu si Chong Weih yang lakukan, bukannya si Lin Dan nih. Poyos & menyampah tambah geram. Adoyaii..naper korang men cam gitu. Kalo gaya main camtu, camner nak beat team China. Melepas lagi la Piala Thomas 2010 ni. Kena tunggu lagi 2tahun ler...

Tetiba teringatkan lagu Ekstravaganza Bunkface nih.  Mungkin lagu ini patot diberikan kepada penyokong Malaysia, dinyanyikan khas oleh pemain-pemain Malaysia, diketuai oleh Datuk Lee Chong Wei.

Semangat baru
Perjuangan yang satu
Dan matlamat hidupku
Hanya untukmu

Tapi keadaanmu
Berikan aku
Berikan aku satu petanda
Prasangka
Aku kalah
Rasa resah jangan kau percaya
Dalam hatimu..
Rasa resah jangan kau percaya
Kata hatimu..

Penyokong sepatotnya memahami mereka, takde pon sesapa yang join pertandingan mahukan kekalahan. Mesti sumer nak menang kan. Anggaplah semalam nyer game, bukan rezeki kita, bukan nasib kita, bukan tuah kita.Terima Kasih buat semua pemain yang aku rasakan mereka ni dah berjuang berhabisan. Mereka kalah dengan bermaruah. Next 2years leh cuba lagi kan. Kepada coach2, leh la lusa start balik training untuk misi seterusnya. Jangan putus asa & teruskan perjuangan. Janganlah kecundang lagi untuk kali seterusnya. Jangan kasi Lin Dan wat aksi robot cacat lak pasni yek..

Pasni, kalo nak kalah pon, paling tidak heret la lawan ke rubber game. Jangan sumer game kalalh..Sedih wooo....

1 comment:

Adlina Husaini said...

kalau pemain bola, mau kena kad kuning dah nih..