Wednesday, May 12, 2010

::::::Got back the STATUS!!!!::::" Duhai bangsaku, takleh ke kuar dari skop tipikal - 'Adat Melayu Berjanji'???"

Salam muhibah,  Salam sayang, Salam JMR, Salam 1Malaysia, Assalamualaikum wbt, yg ni baru betul salam..Pehal lak nak salam 1Malaysia je manjang kan. Iskh..ok2, tu kan modenisasi salam muslim kepada salam 1Malaysia..hihik..ter'sinikal' lak..opss...off record ya....janji tak buat lagi..huhuh..jawabnya ke laut la..janji tinggal janji...JANJI? ahakzz...

Sebelum melalut ke laut, aku nak thanx to Nuffnang coz aku dapat balik membership status GLITTERATI..oo yeah..baru lega sket dan bertambah semangat nak berblogging. TQ pada membe2blogger yang bg sokongan untuk sedapkan hati JMR semalam..Moral of the stories, kalo jadi pa pe kat akaun Nuff korang, cepat2 le email ke technical team, sepantas mungkin diorang cuba solve problem korang. Itu janji diorang pada blogger2 sekalian. Bagus2, aku suka janji manusia sebegini...
.
Tapi aku paling pantang kalo orang berjanji tak tepati, tanpa alasan munasabah tak tanpa sebab yang kukuh. Sapa yang kenal aku, pasti tau camner aku pentingkan janji masa. Kalo janji kol5ptg, kol 5ptg la aku tercegat kat situ. Aku rimas nak suh orang tunggu aku, better aku tunggu orang. So, seboleh mungkin aku cuba tepati masa seperti yang dijanjikan. Kalo orang aku tunggu terlambat, 5,6 minit aku leh terima lagi, kalo dah terlambat sejam dua, ooo..itu takleh blah. Cik Nunu pon aku tetapkan gitu, kalo janji kol8pm, kol8pm la kena siap, kalo tak, jawabnya aku cancel je dinner date..hikhik..cian dear ye...

::Al Ashr 1-3::
Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan masihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran”.

Mesti korang biasa dengar kan, "biasalah, janji Melayu"..maksudnya berjanji pukul10, jam11 baru nampak batang hidung. Pernah kan? Kan?..Ada sapa-sapa kisah ker??..dah jadi macam budaya ker? Aku bukan nak perlekehkan bangsa sendiri, just nak berkongsi pendapat jer. Perlu ke ayat sebegitu diteruskan untuk generasi baru Melayu  sampai bila-bila? Series aku tak suka dengar sindiran sebegitu. Tapi salah siapa? Nak salahkan nenek moyang kite kah sebab tak pernah ngajar cucu-cucu erti "JANJI".???.Kenapa bila berjanji pukul 10pg, tak tepati waktu itu? Kenapa perlu ditransform janji tu ke pukul 11pg? Naper perlu nak amalkan generasi transformer yang boleh ditransformkan bila-bila masa? JANJI ADALAH JANJI. Proton PERDANA tetap Proton PERDANA walaupun ditransformasi menjadi se'ekor' robot. Ahakzz...
 .
Kalo nak cakap pasal janji, memang panjang lebar boleh dihuraikan. Entri ni baru cakap pasal janji masa. Belum lagi kita cakap pasal janji lain-lain cam janji lain, tapi lain yang dapat..janji nak bayar balik, tapi tak bayar-bayar gak, janji nak siapkan keje, tapi tak gheti2 nak siap gak..aiyoo..manyak woo..buleh buat 'master in promising management' nih...hikhik..
 .
Ermm..nobody perfect kan, so tak salah pon kalo tercacat sket bila menunaikan janji. Ermm..no comment. Hanya JANJI ALLAH PADA HAMBANYA ADALAH JANJI YANG PASTI..selaku manusia biasa, sebolehnya meh le kita buat yang terhabes baik. Aku bercakap bukan sebab aku bagus, hanya sekadar untuk ingat mengingati sesama kita. Aku pon manusia biasa dan aku cuba yang terbaik bila BERJANJI.
 .
Andai kata TRANSFORMER buatan Malaysia itu wujud, tunaikanlah janjimu untuk terus menjaga keselamatan dan keamanan negara kita. 
1Malaysia 1Janji....
 .
photos credit to kennysia.com

12 comments:

mcjust.lol said...

janji melayu..... sangat common dengan masyarakat kita sekarang...

Alynn Notnot said...

hmm aku pun tengah try nak ubah perangai janji melayu ni. wish me luck! kadang2 tak sgaja. tp tu bukan alasan kan? all the best for me :D

sI tEDI said...

aku lebih suka sebut salam dr nak sebut salam 1malaysia!

hik hik hik

sebut InsyaAllag kalau sesuatu tu tak pasti lagi!

NUNU EERA said...

wat msa ni date xpnh dcancel lgi.. hopefully x akan la ye.. ;)

~ ReD ~ said...

tu la pasal...asal cakap je pasal janji, mesti "janji melayu..". x faham betul..

sophie said...

Kdg2 wat meeting club pun de tetapkan dua masa..Kol 10 jnji Melayu ea.. Kalu serius sikit 10 sharp bukan jnji Melayu..Haish.. Cam budaya dah lak

Anak Perak said...

ok,cite psl janji awat byk sgt robot transformer nya.x sbr tunggu transformers 3 ker.hehe..

JMR said...

hahaa,perak, ko kena faham sinikal robot tu ngan janji..heheh

aNis aMirAh said...

tu lah. tak suka jgk org ckp ayat 'biasalah.. Janji Melayu' ni tp kdg2 terbuat jgk. hu hu. pd aku, tu mmg salah aku sendiri walau aku bangsa apa sekalipun sbb bkn faktor sekeliling yg buat aku tak tepati janji, mmg salah sendiri. maknanya aku taknak berurusan dgn JMR. huhuheheh.

speckurosaklagi said...

pandang ke timur..
mari ramai2 kita blaja pandang ke timur..

ezam said...

janji kasih tu lagu tok iti...sedap giler!!!!

lionteen said...

lionteen prnah jgk wat n3 sal jnji mlayu ni..
huhu..

lionteen pun sm,klau da jnji kui2,kui2 la lionteen da ade kat situ...
bile tnye mmb,np lmbt..
jwpn drg.."biase la jnji mlayu"
hmmm...