Tuesday, April 20, 2010

Otak Lesu?- dr Irfan Khairi

Betul ke fakta nih? Ada lagi fakta yang cakap otak melayu amat kurang digunakan berbanding dengan bangsa-bangsa lain. Mungkin ini fakta tak lengkap, sebab bukan sumer orang sama kan. Bukan sumer org malas berfikir dan bukan sumer orang suka berfikir.   

Apa akan jadi sekiranya enjin kereta kita dibiarkan dengan lama tanpa dimulakan?
Ia akan semput, susah nak start dan adakalanya rosak.

Begitu juga dengan otak kita. Mungkin ramai yang menyangka, otak kita kalau selalu digunakan, kalau selalu berfikir, ia akan rosak atau menjadi lesu kerana terlalu banyak berfikir.

Sebenarnya, selalunya otak kita akan menjadi lebih efisyen dan lebih sihat apabila lebih banyak kita berfikir. Disini juga sebahagian daripada cara menggerakkan momentum untuk terus berjaya. Ya, betul, tapi camner lak bagi orang berfikir cara lain, maksudnya cara kotor. Asik pk pasal pompuan je, asyik fikir seks je, asyik fikir yang lucah-lucah je ke, kan benda tu lagi melesukan otak? So fikirlah yang elok-elok je, jangan fikir bukan-bukan ye.

Banyak-banyak berfikir mengenai idea baru, cara menjadi lebih kreatif dalam perniagaan, cara bersaing, strategy perniagaan baru, cara mendapat pelanggan, cara memulangkan pelanggan yang hilang dan sebagainya.

Apa yang saya selalu lakukan adalah, bawa buku nota kecil (yang macam buku 555 tu), dan pen ke mana sahaja. Dapat sahaja idea, cepat-cepat saya tulis. Kadang-kadang, sehari, berpuluh-puluh idea yang kita dapat!
-Dr Irfan Khairi-

Lebih banyak anda berfikir, lebih efisyen otak anda. Dan otak yang efisyen akan memberi idea-idea yang lebih bernas yang tidak pernah anda fikirkan!

Hadiri majlis-majlis ilmu untuk mendapat lebih banyak input dalam diri kita. Dengan membuka minda kepada lebih banyak input, kita akan dapat melihat lebih banyak peluang-peluang yang ada disekeliling kita.

**kudos 4 Dr Irfan Khair for the email..add-on 5%**

8 comments:

~0~ said...

menghadiri majlis ilmu...saya sokong..

NuNu EeRa said...

otak sy lesu sbb byk sgt pk program utk viva tdi..

makdara terdiva said...

idea dtg time nak tido..tp esok pagi terus ilang ke laut...hoho!!

~ ReD ~ said...

otak macam enjin kereta. smpai masa kena servis untuk refresh semula. kalau guna tak servis2, terbarai kot isi otak. hehe

Eyriqazz said...

aku biasa tulis dlm handphone bila ada idea..hik3..

.o r k e d. said...

orked slh seorang yg sgt2 ta ske bfikir.erk~

atty's said...

betui tu kita kena selalu hadir kan diri dalam majlis2 ilmu ..manfaaat utk diri sendiri..jugak ..

kakachan said...

sane ngan eyriqazz diatas, slalu kalu dpt idea, tulis dlm hp.

adekah aku byk pk mende merepek je?? insaflah dengan diri sendri kaka oi.. hehe