Sunday, April 4, 2010

Bila PANAS, kita membebel, Bila SEJUK, ada kita ucap kata SYUKUR?

“Kami akan menguji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan. Dan hanya kepada Kamilah, kalian dikembalikan” (QS. Al-Anbiya ayat 35). 

Alhamdulillah, Malaysia bulan ini makin kurang panasnya berbanding dengan betapa panasnya pada bulan Januari, Februari dan Mac. Masih ingat tak camner berpeluhnya, walaupun hanya berjalan 10 meter untuk ke kedai mamak? Bila panas, pasti banyak mulut yang membebel akibat suhu yang agak tinggi. Nak-nak kelembapan di Malaysia yang agak tinggi, menjamin pengeluaran peluh yang amat produktif. Pasti ramai yang tidak selesa dengan keadaan itu. Tika itu gak, pasti ramai yang berdoa semoga cuaca yang amat panas itu cepat-cepat reda. At least, suhu berkurangan 3,4 darjah celsius berbanding ngan suhu sehingga 34darjah. Tapi itu semua dulu, bulan lepas dan dua bulan lepas.

“Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang bersyukur” (QS. Saba’ ayat 13).

Bagi aku kini, suhu hari ini jauh lebih kurang panasnya tika matahari betul-betul tegak di kepala. Mungkin darjah celsius berkurangan sehingga 5 berbanding dengan suhu sebelum nih. Mulut juga sudah terkunci tanpa bebelan 'panasnya' atau juga 'mak aii, panasnya...'. Rasanya tak salah dan tak rugi pon kalu bebalan itu digantikan dengan ucap SYUKUR atas nikmatNya skang nih. Nikmatkan tanpa rasa panas yang melampau? Nikmatkan tanpa perlu ON ekon 24jam kat rumah? Nikmatkan petang2 hujan lebat dan lagi nikmat kalo hujan di waktu tengah hari. Ya, aku rasai sumer itu skang ni di area KL. Kadang-kadang, aku pun terlupa dengan ucap SYUKUR ini, dan tak salah pon rasanya untuk kita sama memperingati tentang kata yang ringkas ini, tapi amat bermakna. 

Syukur atas nikmat daripada-Nya. 
Thank You ALLAH.

5 comments:

sI tEDI said...

sentiasa ucap syukur, tidak kira panas atau sejuk, susah atau seang.

sbb aku percaya, tiapa apa yg Allah jadikan, ada hikmah di sebaliknya.

TQ atas peringatan! :)

sophie said...

alhamdulillah dah x panas cam dulu..nice entry untuk ingatan semua.

annadzirah said...

aku pun jarang mengucap syukur.

ya ALLAH.

T_T

Andi Natalia said...

k.l selalu hujan ker? macam tak je... :(. panas je memanjang.. huhu, nampak sangat kesyukuran tu berkurang kan.. huhuuhu T_T

NARDtheNERD said...

Thank You ALLAH

=)