Wednesday, April 21, 2010

"as a blogger, brapa income ngko?"..S.O.S tak gheti aku nak menjawab

Ada sorang memba aku yang 2,3 kali asyik dok bertanya;

"ngan blog, berapa riban boleh dapat sebulan?"  

"Best sangat ke jadi blogger nih?"

Mungkin pertanyaan ni makin menjadi rutin apabila lately ni, makin ramai blogger tyco yang muncul di media. Sikit sebanyak mereka yang bukan blogger ni tertanya-tanya sebegini. Ouchh..

Huih, camano nak jawab bagi orang yang tak faham jadi faham? Aku bukannya redmummy, mahupun KennySia ataupun Hanis Zalikha, aku sekadar JMR yang baru sebulan dua di alam blogging nih. Lagi, aku bukannya fulltime blogger, tapi nak cakap part time pon bukan gak. Mungkin 3per4 time blogger leh kot. 

Jangan ambil kira fulltime blogger, kita amik kira part time blogger, of course la income bulanan takde tetap kan? Selain duit Nuffnang, iklan-iklan dari advertiser luar pon tak ketentuan kan? Takkan nak cakap, aku blogger ngan gaji RM2000 sebulan..part time blogger bagi aku sama je sama cam freelancer. Yang mana pendapatannya adalah tidak tetap dan bergantung kepada job untuk bulan itu. Bulan ini dapat banyak, belum tentu lagi bulan depan menten je ngan pendapatan sebegitu.

Alah, pendek katanya, kalo awak nak berblogging tu, biarlah ikhlas. Kalo betul-betul nak bekerjaya sebagai seorang blogger, boley tapi janganlah hangat-hangat taik ayam je. Buat betul-betul. Nak berjaya cam top-top blogger bukan senang kan, kena ada usaha& daya yang luar biasa. Tak caya, tanya lah diorang. Kerana seorang blogger tidak ada sebarang slip gaji di akhir bulan ya....


10 comments:

~0~ said...

hanya blogger paham blogger

JMR said...

btol tu kosong..tak gheti nak terangkan cmne..kn masuk alam ni, bru leh faham, step by step..nak gtau skali gus, mmg tak daya la..

sebelas said...

saya pun baru jugak :D

http://nomborsebelas.blogspot.com/

Kujie said...

betul lah tu
tak reti nak xplain kt bukan blogger

JMR said...

11 : welcome to the world!

k.jie : kan...ssh nak bg org fhm act..

lily lotus said...

yang penting jgn terlebih riak...opss..hehe

Kaseh NazLieza said...

btol sye setuju...

atty's said...

berblog bukan semata nak duit..

sI tEDI said...

x dapat income pun aku still seorang blogger..
title itu begitu indah :)

Anak Perak said...

betul tu.orang hanya pk kita berblog ni hanya untk duit.ish..i x suka tau..haha..