Wednesday, March 24, 2010

Tak sumer yang kita nak, kita akan dapat.

Pernah tak sesapa yang dapat sumer apa yang dia impikan. Tak pernah sekali pon terlepas dari genggaman setiap impian atau kehendak dia. Pendek kata, tak pernah gagal dapatkan apa yang dia mahu. Ada ke orang macam ni? Kalo ada, subhanallah, kuasa Allah berikan dia kelebihan sebegitu. Tapi majoriti pasti ramai yang kecundang untuk menggapai semua impian. Pasti ada yang tercicir kan, tidak dua, sekurangnya satu. Pasti pedih dan terdetik rasa sedih bila lihat kehendak kita terlepas begitu aje. Tapi untuk apa pedih&sedih tu ye?

Ayuh, itu semua tidak penting. Yang paling penting adalah JANGAN PUTUS ASA. omputeh cakap DON'T GIVE UP. Cari balik kekuatan dan semangat untuk terus mencapai kehendak dan impian itu. Tak kiralah dalam apa jua aspek pon, study ke, kerja ke, cinta ke, rumahtangga ke or wateva. Mungkin ada hikmah atas apa yang terjadi. Kalo ko terus patah semangat, ko takkan tahu apa hikmah di sebalik semua itu.

Dengar..kalo ko tak cemerlang dalam SPM, belum tentu ko akan gagal dalam final sem.exam degree. Kalo ko clash ngan bf/gf skang, belum tentu ko tak kawen sampai ke tua. Kalo ko masih belum dapat keje yang bagus skang, belum tentu ko takkan berjaya sebagai seorang insan. Kalo ko terpaksa menempuh banyak dugaan sebelum berumahtangga, belum tentu lagi ko tidak bahgia nanti. Kalo ko tengok bekas awek ko bahagia dengan balak baru, belum tentu ko tidak bahgia dengan awek baru ko. 'Belum tentu..' itu akan ditentukan berkeputusan POSITIF kalo ko tidak putus semangat, tidak lemah semangat, tidah putus asa dan selalu berfikiran positif untuk satu keputusan yang positif.


Tapi ingat....

ONCE U GOT WHAT U WANT....JANGAN PERSIAKAN IA KERANA BELUM TENTU APA YANG KO ADA SEKARANG AKAN KEKAL SELAMANYA......

sambutlah tanganku kawan,aku takut tenggelam

PERINGATAN BERSAMA UNTUK KEHIDUPAN ISTIMEWA DIBAWA KHAS OLEH JMR

13 comments:

[s][u][e][h][a][n][n] said...

mmg sedih klu x dapat apa yang kita nak..mesti di sebalik tu ade HIKMAH...selalu buang jauh2 berfikiran negatif :(

Mak Su said...

kebiasaannya tak dapat apa yang dikehendaki.... sabar jer lah... telitikan hikmah disebalik kegagalan

ainShahajar said...

satu hari nanti

kita akan tersenyum pada apa yg Allah rancang ntk kita

jauhi dosa.. dosa itu seksa

Mazru Majid said...

setuju..kite perlu senantiase berfikiran positif..baik utk kesihatan jugek

~0~ said...

btol tue...

CAHAYA said...

betul tu. the thing is people always take things for granted. bila dah dapat disia-siakan. bila tak dpt, nangis tak berlagu.

Echa said...

saya setuju... memang semua yg kita impikan kita tak boleh nak capai.. semua yang kita harapkan kita tak boleh nak dapat.. tapi bila kita dah dapat sesuatu yang dah lama kita idamkan.. jangan sesekali kita sia siakan...

~ ReD ~ said...

terus teringat zaman kejatuhan dulu2 bila baca entri ni..isk3

sI tEDI said...

ingat lagi masa kursus ari tu.

pilih corak macam huruf M mc donald.

fasi tanya kenapa.

Saya pernah ada di bawah, sekarang di atas, andai saya jatuh semula.. saya sudah tahu untuk memanjat naik!!

Anggerek said...

100% agree

NuNu EeRa said...

doakan jgk untuk ssuatu yg positive..
kata2 2 pun doa jgk kan dear..?

aZizoL said...

entri ko kali ni amat terkesan kat aku..akan ku igt kate2 ko tu..

RieNa said...

kita mintak rama2 tp Allah bg ulat beluncas. tentu ada hikmah dan sebab nya yg Allah sj yg tahu.

sbg hambaNya, kena redha lah.

doa dan usaha paling penting.

terima kasih sudi singgah blog gua.
:)

(u've done superb in photography.keep up da good job!)