Tuesday, March 30, 2010

SABAR itu ada batasnya.

Lihat topik, dah tau penulis berada dalam emosi tidak berpuas hati dengan seseorang. Dengan siapa tak perlulah dikongsi di sini. Kan mengaib lak orang cakap kan. Tapi ada benda yang perlu dikongsi, lebih-lebih lagi perihal apabila berjanji dengan manusia. Istilah 'customer always right' boleh digunakan tapi biarlah bertempat dan kena masanya. 

Alkisahnya, last week telah di'deal'kan dengan bekas client aku untuk meet up di Shah Alam untuk proses penyerahan hak miliknya. Ye, hak miliknya kerana dia membayar untuk itu. Dah set up time, kol6pm kat PKNS S.Alam, lepas kije katanya. Aku setuju saje coz tak kisah sangat even pas kije walaupun jalan agak sesak untuk ke sana, seb baik someone temankan aku, tu pasal aku tak kisah. Aku sampai awal, dan aku dah tegaskan supaya tidak terlambat, tepat-tepat 6pm di KFC PKNS S.ALam. Kurang 2minit sebelum 6pm, aku dapat call cakap meeting tu cancel coz sebab-sebab yang sangat tidak relevan. Korang rasa tak apa aku rasa? BENGANG la takkan HAPPY lak kan..

Kenapa susah sangat nak bagitau awal-awal kalo ko takleh datang on time? Kenapa perlu berdolak-dalik, aku ni pekerja atau kuli ko kah? Naper perlu bagi pelbagai alasan yang memualkan? Dan semua alasan tu sebagai alasan untuk melengah-lengahkan urusan itu.Mesti ko pikir orang lain tak sebusy ko kan, tu pasal leh main cancel je sesedap rasa ko. Iskh..ada je nak cari pasal ngan aku kan sejak hari pertama kita berkenalan, haktuih cinta sama jantina pe nih?..hahahah..

Walaupun cuaca mendung tika itu, tapi panas dalam hati yang wat aku rasa tak selesa. Sabar.Sabar. Dan terus bersabar untuk beberapa minit...Alang-alang dok kat ngn PKNS tu, bek g pusing-pusing tasik S.Alam tu. Ada plak yang ajak berjalan sampai ke aquarium. Mau kurus aku kalo tiap-tiap ari berjalan camni..Aieh...sangat mengidam nak pekena ABC kat gerai-gerai SS2, ala yang depan wetworld tu la. Baru aku sedar, dah lama rupanya aku tak datang S.Alam, sampaikan aku tak sedar kedai-kedai makan itu sumer telah lenyap 100%. Dah setaun menda tu lenyap kan..hikhikhik...

Ngidam lak nak pekena ABC. Sapa tao mana-mana tempat best? Jom2 teman aku petang nih..

5 comments:

Hazzy Ishak said...

tdi bengang pastu sibuk ckp pasal ABC pulak
hahaha

Kujie said...

pergilah muzium shah alam tu..kompom ko sorang je dlm tu..hahaha

gooseberries said...

ish.. x suke org mcm tuh!!

Kaseh NazLieza said...

uih..tatotla klu jmr dh mrh..uhuuuuuuu

NuNu EeRa said...

no more after tis kan..jgn layan ape2 lgi permintaan x-customer 2..