Sunday, March 28, 2010

Petang Ahad ni aku masih di rumah

Keajaiban mungkin berlaku hari ini.

Sebabnya, 5.18pm ni aku masih di ruang rumah. Di depan  kaca televisyen sambil menonton LIVE badminton selepas layan Azura di Astro, sangat teringin menggunakan Astro Byond yang jauh lebih better. 

Perut kekenyangan lagi selepas melantak nasi berlaukkan ikan bakar dan sambal belacan yang boleh dikatakan 'ummpphh' terbaik! Lunch yang agak lewat bagiku, sebabnya aku minta tolong kawan belikan kerana kemalasan melanda diri di hari minggu. 

Sangat panas di luar dan tiada sebab yang relevan untuk aku keluar rumah. Lagi pun UV di bawah matahari terik merisikokan kulitku mendapat tanda-tanda yang boleh memusnahkan masa depan aku. Tambah-tambah lagi, hari Ahad adalah hari homo-homosapiens di bumi KL ni kuar berkeliaran mencari hiburan untuk diri dan famili masing-masing.Tiada nafsu untuk aku turut serta menyumbangkan kesesakan lalulintas ibarat berada di bandar metropolitan Tokyo. Aahh aku rindukan Tokyo!!

beep-beep SMS masih berterusan berbunyi. Agak asing bagi sesiapa yang mengenaliku mendapati aku masih belum di luar kawasan rumah tika ini. Biasanya, paling tidak, tika ni, pasti aku di Dcurve ataupun e@Curve mencuci mata walaupun awek di sebelah..rejeki di hari minggu, sapa tak mahu?

Ahakz...

sebabnya berjalan mesti pandang ke hadapan, bukan pandang awek di sebelah ye. Nanti tersungkur..

No comments: