Sunday, March 14, 2010

Apa mimpi CALL pagi2?

Semalam hari Sabtu. Adalah hari minggu. Hari yang leh rehatkan minda dan tenangkan jiwa. Terjaga awal coz nak 'menghantar' segerombolan penghuni rumah ni yang nak gerak ke Cameron Highland? Aku tak ikot dan itu menjadi persoalan buat mereka. Sebabnya aku dah serik ke sana time cuti sekolah begini, traffic jamm tak hengat dunia tao. Tak de nafsu serakah lagi untuk ke sana time cuti sekolah gini. Better dok umah layan apa-apa yang patot.

Since dah terbangun awal dan tak leh tido, sebelum pekena bekpes kat Kayu Nasi Kandar, capai henpon terus call ummi. Berkat call ibu pagi-pagi gini di hari minggu sebegini. Lepas je jawab salam, umi tanya:

"Apa mimpi call pagi2 ni?"
belum sempat aku jawab..
" Tak bz ke hari ni. Sebelum ni umi call asik ade kije je sampai ke malam then nak angkat call pon susah..."

Tersentap gak tapi aku teruskan perbualan untuk lebih dari 15minit. Try amik hati balik. Rasa bersalah timbul di benak kepala minda yang masih mentah melayan kesibukan harian. Kadang-kadang sebagai anak, teralpa  ngan kesibukan harian, nak pikir kije tu, kije ni, jumpa orang tu, jumpa orang ni, study, kuliah and so on. 

Tapi untuk seorang ibu, bila mendengar suara anak yang agak serak basah, terus risaukan kesihatan anaknya, demamkah anak itu, dah makan ubat ke belum.  Walaupun sebenarnya suara serak gitu hanyalah disebabkan  oleh aku baru bangun tido. Ya, aku sangat beruntung memiliki seorang umi yang amat mengambil berat all about pasal anaknya..

**i'm trying to reschedule jadual harian...hukhuk...

7 comments:

~ ReD ~ said...

sila reschedule jadual harian anda supaya ummi anda x terasa hati...:D

NuNu EeRa said...

bgi la no i kt ummi..msti i agkt klu ummi cal..;)

FaTiN said...

tolong kirim salam kat ummi ko :D

Anggerek said...

at least once a week kena call parents tau, do this sementara mereka masih ada.

mamai said...

how buzy we are ibu jgn jgn dilupa

tasekM said...

kim salam kat umi... :)

salam ziarah.



.

ainShahajar said...

tgh nak cari keje kat melaka.. nak dok dgn family