Wednesday, February 3, 2010

Tak ramai yang mampu..

Pengorbanan? 
Sacrifices? 
Ramai orang leh berbicara tentang ini, tapi tak ramai yang mampu melaksanakannya. Alasannya, nanti tak berbaloi ngan apa yang dilakukan. Takot tak dihargai, dan takot kerugian. Perlu ke setiap yang dilakukan mendapat pulangan yang berbaloi? Adakah setiap usaha akan dibalas dengan hasil yang memuaskan hati? Adakah setiap input akan menghasilkan output yang sama? Aku pasti ramai yang menjawab 'TIDAK' dengan setiap persoalan ini.

Tapi aku pasti, ramai lagi yang mampu berkorban untuk sesuatu perkara. Mungkin didorong oleh rasa sayang dari hati buat orang tersayang. Mungkin juga didorang oleh rasa ikhlas hati untuk mencapai sesuatu perkara. yang dihajati Atau mungkin juga untuk kepuasan diri sendiri dan juga kepuasan hati seseorang. Siapa tahu kan, soal hati. 

Bagi aku orang ni adalah sangat kuhargai & aku hormati. Kerana tak ramai yang mampu memberi seikhlas hati sebagai satu pengorbanan. Terima kasih sayang untuk itu.


16 comments:

CAHAYA said...

bila fikir untuk dpt pulangan, keikhlasan dah takde. so still panggil pengorbanan ke?

Rara said...

berkorban ap saja..hrta ataupn nyawa..lalalala.. :)

|| NaFiRaa || said...

sakit bila kita berkorban..mesti kena lepaskan sesuatu..:(

♠☠♠ayudeadwish♠☠♠ said...

kadang2 pengorbanan di sia2kan~
hahah~

cahayachenta said...

kalo berkorban demi kedua ibu bapa aku snggup.. kalo setakat nk berkorban utk lelaki, uishhh tak hengen...

deusXmachina® said...

berkoran apa saja...
harta atau pun nyawa~~~~~~~~~~
erk888

Iza said...

Ya, kalau berkorban, kita kena lepaskan sesuatu....
Aku berkorban utk keluarga jadi aku skrg adalah surirumah yg ada degree...penat2 study, dok umah je???
ahak...belum dapat kerja la...(tanya dan jwb sendiri)

Iza said...

Ya, kalau berkorban, kita kena lepaskan sesuatu....
Aku berkorban utk keluarga jadi aku skrg adalah surirumah yg ada degree...penat2 study, dok umah je???
ahak...belum dapat kerja la...(tanya dan jwb sendiri)

enyheartsdiamond said...

i can!!!

..nOj.. said...

i lost more than i hope to gain :(

Hajib said...

biasanya bekorban bila ada rasa sayang dan cinta.. :)

kayteeze said...

Berkorban untuk anak-anak, rasanya tak susah pun. Kerana di hati memang tak mengharapkan apa-apa pembalasan.

cik syazni said...

kita takkan rasa beban pon wat sesuatu tuk org yg kite syg~

cik selamah kundang said...

kadang2 berkorban pun xsedar...herm.mungkin dh syg sgt kot

mamai said...

jika sesuatu itu dilakukan dengan ikhlas pasti indah

sophie said...

perlunya keikhlasan klaw nk wat ape2..tew pngorbanan mulia..