Saturday, February 6, 2010

Lumrah Hidup, ada kawan, ada lawan..

Sapa kawan kamu? Sapa lawan aku? Juga sapa lawan kamu? Aku pasti takde sapa mampu menafsir setepatnya istilah sebegitu untuk setiap homosapiens yang lain. Mungkin hari ini, ko lawan aku, takde sapa tahu, esok ko menjadi kawan aku. Ya, kawan baik. Mungkin hari ini ko kawan baik, Tuhan je tahu, mungkin esok ko menjadi lawan terbaik aku. Ya, musuh sejati. Antara kawan dan lawan, mana yang paling diingati dan disebut-sebut? Berbelah bahagi kan, tapi aku tetap pasti, nama lawan tetap gah meniti di bibir berbanding dengan kawan. Ke sana ke mari dicanang-canang tanpa sedar maruah diri sendiri juga akan terbang.

Orang kata, kawan di sebelah kanan, musuh di sebelah kiri. Benarkah? Dunia sudah berubah, manusia juga berubah. Aku agak kurang gemar istilah kawan baik atau 'sahabat', sebab kadang daripada sini leh terciptanya musuh karib. Di kiri aku juga bukan lawan, di kanan aku belum pasti kawan. Aku di sini, kamo di sebelah kanan dan kamu juga di sebelah kiri. Ya, berdiri kita di tiga penjuru. Aku pasti, matlamat hidup kita tak sama untuk dituju. Aku senyum bukan bermakna kamu kawan aku. Aku tak tegur bukan bermakna kamu lawan aku. Aku senyum hanyalah sebagai tanda hormat untuk kaum spesis dengan aku. Aku tak tegur mungkin juga kerana aku lena dalam khayalan aku sendiri. Maafkan aku.

Langkah berjaga-jaga, dari kiri dan juga kanan. Pedulikan sumer kata-kata orang. Yang penting kita tahu maksud dan tujuan kita. Bangunlah sendiri tika tersungkur, tak rela dipijak kepala, tapi akan bangkit sebagai juara.

9 comments:

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

kawan yg betul2 kawan susah nk carik.. walau baik mcmna pun kata belakng tetap ada.. hurm..

|| NaFiRaa || said...

betol2!!!
yang pengting..jangan salah pilih kawan!!!

sI tEDI said...

aku x de kawan2

jadi x de lawan!

~ ReD ~ said...

saya berbaik dgn sume org yg ada di sekeliling saya... kecuali kalau dh tahu dia memang jahat laa...

saya jenis x suka nk berprasangka buruk kt org..;)

Cik Cookie said...

aku setuju ngn ko
lebih senang igt musuh dr kawan tapi aku suka diam dari bercerita.

.millalara. said...

kadangkala bersendirian itu lebih bermakna ohh :)

deusXmachina® said...

pedulikan apa kata orang
dan bangkitlah sebagai juara!!!!
juara!!!!!!!!!!!!!!!!!!

saypOOL rafhtello said...

kawan mkn kawan rmi..

Hami Asraff said...

itulah hakikatnya bro. kekadang kawan terdekat kita tu yang tikam dari belakang. tapi tak semua la.