Monday, February 8, 2010

Kerak buat mak..


Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah

beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi

setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu

gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang

akan datang nanti. Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa

yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan

bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari.

Aku minta untuk membantu ,"tak payah" katanya "biar mak yang buat

nanti lain rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih

dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk

anak-anaknya yang baru nak merayakan aidilfitri bersamanya.



Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak

lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak

ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana

ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan

bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya. Bila semuanya dah

sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang dan kakak

yang tiba dengan anak-anak mereka

Semuanya pakat menjamu selera..memang berselera semua sukakan nasi

goreng mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air

tangannya..Dalam tak sedar nasi dah hampir habis.

Terdetik dihatiku... " ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi

kerana sibuk sediakan nasi tu"... seraya tu abang ku bertanya 'siapa

tak makan lagi nasi ni'.

Aku menjawab ' mak belum makan apa lagi tu' Mak dengan bersungguh

menjawab " Ehh mak tak mau... tak lalulah nasi goreng, nak makan roti

ja sat lagi'... dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata

ku dalam hati." oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal

penyakit diebetisnya" ..



Bila semua dah pulang..aku lihat mak

terhinjut-hinjut kedapur..lantas aku tanya 'mak nak apa..nak

ambilkan.'.' takpa nak rasa ni sikit'.

Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku..bila kulihat mak rupanya

sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali

untuk dimakan.



Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya.

..zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan

mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Kami benar-benar

kalah dengan apa yang kami saksikan.." YA RABB Engkau peliharalah Ibu

kami, Ampunilah Dosanya, Berilah kekuatan pd anak-anaknya untuk

membalas jasa ibu yang tak terhingga " . AMINN


Subhanallah, Walhamdullillah Wallahuakbar

18 comments:

♠☠♠ayudeadwish♠☠♠ said...

hurm~
tak sumer mak camtu~

mamai said...

aku suka makan kerak nasi...

~ ReD ~ said...

erk! kociknyer tulisan...hampir juling daku membacanyer..huhu

enyheartsdiamond said...

mama slalu berebut drumstick dgn i..haha :D

deus X machina said...

kocik bonar fontnya
juling mata eden nak baco
erk888

nURmALa mAZLan said...

aduh!!! Sedih siot entry nih.. betul…mak kita pon selalu mengalah kat kita…mak…..i love you

[-suziey-] said...

huhu..sayu sedih pilu..sebakkk

~0~ said...

ibu...hanya 1 dlm dunia...

Rara said...

pening pale bce..tulisan sgt chumel.. :)

tia said...

mak aku pun macam tu,
dia ibu tunggal,
dia kalau nampak makanan yang sedap sedap,
dia akan belikan untuk kitaorang cukup-cukup 5,
untuk anak-anak dia..
bila aku tanya,
"nape mak tak makan?"
"dia jawab, tak lalu walaupun nampak sedap.." sedih..
sebab, mak terlalu fikirkan anak-anak dia..lebih dari diri sendiri..
semoga aku mampu membahagiakan mak..

Kaseh NazLieza said...

mak lieza pon slu mcm ni..selalu sgt mngalah dgn anak2 soal mknn...dr dulu smpai lah skg ni..

jualan bunga segar sempena hari kaseh sayang...serendah rm8 shj...=)

♠☠♠ayudeadwish♠☠♠ said...

terima kasih kerana sudi hadir dalam blog aku~
today is the end of me~
thanks~

iyllienaz said...

ibu ratu hatiku..

Amieynna Amin said...

aduh sayunye..

HATI LUKA said...

tak pa...hadirnya anak-anak dan melihat anak-anak begitu berselera menikmati masakan mak sudah membuatkan ibu itu sangat gembira.

imHepPie said...

hwaaa sgt rindu sama mak huhuu

Adam said...

Alhamdulillah.. aku dapat emak yang macam tu. anak² dan suami goes first.

I Love My Mother…

|| NaFiRaa || said...

huhuhu.. tersentuh plak bila baca citer nih.. dan2 tu teringat mak kt kampung..:)