Friday, January 15, 2010

Tea Time Bersama Sang Teruna

Sapa cakap anak teruna tak gheti atau tak pandai dok dapor. Sila amik perhatian gadis2 mahupun janda yang mencari calon yang sesuai. Takat nak goreng cokodok, nak masak nasi goreng, takde hal la. Ya, betul, aku tak tipu nyer. Sila percaya.

Ni bukti pertama. Anak dara pakai kain batik, tak salahkan anak teruna pakai kain pelikat. Mak mertua tengok, sejuk hati sebab tahu anak dara dia kekok dok dapor, untung dapat laki cam gini. Yg baju merah tu kira cam mandor, mana tau kot2 ada terlebih garam ke gula ke, tak elok untuk kesihatan kan. Walaupon dalam kuali tu hanya la sekadar cucur ikan bilis. Sila menjaga kesihatan anda sebelum akad ni ya wahai cik mandor berbaju merah.


Walaupun anda pemimpin, walaupun anda mandor, tak salah pom memberi bantuan menghulur tangan membantu anak-anak buah menjalankan tugas. Ini lah contoh pemimpim berjiwa rakyat. Sila jangan percaya.


Selera besar, botol sos cili pon kenalah besar. Baru sesuai dengan citarasa sang teruna yg menjadi buruan anak dara dan juga mak-mak janda. Jangan riso, mak-mak janda mahupun anak dara takkan didera menumbuk cili nak dijadikan sambal belacan. Anak teruna moden tak makan belachann okkey. Cukup la sekadar sos cili penambah selera. Ops..masak tu jangan letak MSG ye, tak elok untuk tumbesaran.


Peach dalam tin, sumbangan peribadi daripada mak angkat keturunan Jepun si Ady a.k.a mandor berbaju merah. Ada kisah di sebalik peach dalam tin nih. Sila baca isi kandungan sebelum makan ye adik-adik. Kan ada lagi yang termakan noodle mee berekstrak lemak b*bi. Kan ke dah termuntah. Cian si Jijul a.k.a abah, bersarapan megi segera berperencah yang diharamkan. Moga-moga Tuhan menerima taubat kamu berdua. amin.... (next entry aku citer kisah mee segera berperencah ba*i.)



Alangkah bahagia kalo anak dara atau mak janda yang mendapat sang teruna yang bijak seperti ini. Nampak je cam cucur ikan bilis. Rasa? Takyah citer, sehingga menjilat jari. Siap ada perasa tambahan lagi. Kadang-kadang rasa McChicken, kadang-kadang rasa hotdog 1901, pop corn GSC pon terasa gak, mee hailam Pak Mat toksah citer la memang sebati rasa dia. Burp...alhamdulillah...Sila tengok dan telan air liur saja ye....


**mutu gambar teramat rendah hasil shutteran 2.0mp. Sila memahami.





23 comments:

izandaughtersalleh said...

calon menantu ;)

ohmalaysia.com said...

masuk bakul angkat sndiri ni. hehe..
tp realitinya, ramai je lelaki yg pandai masak berbanding pompuan... pompuan skg yg dah bkerjaya jarang duduk kt dapur..

mie said...

kalo mak janda tgk..
sure terpikat...
heheheee...

touyakaruma said...

Teknik baru untuk mempromo diri

hisham said...

salam,,hahahahahhahaaha...lawakla lu bro....

cikgu isza said...

suami akak rajin masak... sayang sgt kat dia... sambil dia masak leh ler kita wat keje lain.. saling membantu..
tp yg xleh tahan ank2 kata ibu juga masak sedap... walaupun suami akak masak sedap xleh lawan selera anaknyer.. hehehe

F I T said...

betul tu..aku sokong..sapa kata laki tak reti masak..pakai perencah pn bleh hehe

Cik Cookie said...

esk aku wat ahh.
wat sarapan mkn maggi

Redz da Tsar said...

Ngape macam sket jer cekodok nye?

sI tEDI said...

melopong bakal mak mertua tgk ni!! Ekekekeke

Eyriqazz said...

heheh,geng2 bujang memasak..teringat zaman uni dulu..

Ada Apa Dengan Hanis Zalikha

+akufobia+ said...

cucurnya sikit sebab tengah tersepit.keke.

JMR said...

izan: calon menantu sapa erk?..heheh

JMR said...

ohmalaysia : sapa lg yg tlg angkt bakul kita kan..:-p

JMR said...

mie : takkan mak janda je..aiehh,..

NuNu EeRa said...

mak janda ade bca blog u jgk ke dear??

JMR said...

nunu : ada gak kot..naper?u jeles ek?:-p

░♥si lampu neon♥░ said...

promoting urself heh hahaha ;) cool la, nak sket!

Kaseh NazLieza said...

allololo...rajin btol la...calon2 suami mithali ni..

Didi Nadhirah said...

wah bagus2 tingkatkan usaha anda dalam menawan hati anak2 dara n mak2 janda

JMR said...

neon : hahahah..dlm gmbar tiada saya ye..:-p

JMR said...

nazlieza : tu pasal..iskh2..

didi : tawan hati ank dara ok lg, tapi mak janda tu, simpang malaikat 44:-p

bina badan said...

selamat hari ahad
singgah sini jap....hehe....
selamat berblogging....


____________________________________
dapatkan panduan bina otot badan lelaki secara percuma disini....