Tuesday, December 15, 2009

Wahai suaMi, DiamLah Bila DiLeteRi Isteri mu...

SEKADAR RENUNGAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA- JMR
-bukan mudah menjadi seorang suami yang baik kepada seorang isteri dan tidah susah untuk menjadi yang terbaik utk seorang isteri 



Firman Allah bermaksud: "Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (berasa) benci kepada mereka (kerana tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya) kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu." (Surah an-Nisa, ayat 19).

Di sini, elok juga jika direnungi kisah seorang lelaki yang mengunjungi Umar bin Khattab untuk mengadu mengenai perangai isterinya. Dia berdiri di luar pintu menunggu Umar keluar.

Tiba-tiba dia terdengar isteri Umar sedang meleterinya, sedangkan Umar diam tidak menjawab walau sepatah pun.

Lelaki itu beredar sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirulmukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana dengan aku?"

Selepas itu Umar keluar dari rumahnya dan melihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya.

Lelaki itu berkata: "Wahai Amirulmukminin, aku datang untuk mengadu mengenai perangai isteriku yang buruk dan suka berleter kepadaku.

"Tadi aku mendengar isteri anda pun begitu juga. Lalu aku berkata kepada diriku: Kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?"

Umar berkata kepadanya: "Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atas aku.

"Sesungguhnya dia memasak makanan aku, mengadun roti untuk aku, membasuh pakaian aku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya.

"Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya."

Lelaki itu menjawab: "Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku."

Umar pun berkata kepadanya: "Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya itu tidak lama, hanya seketika saja




 

Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: "Mana-mana lelaki yang bersabar di atas keburukan perangai isterinya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di atas bala yang menimpanya. Dan mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan perangai suaminya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Asiah binti Muzahim, isteri Firaun."
 






22 comments:

GhOsToNe said...

name ku umar jgk!

arap ak dpt cntohi beliau!

JMR said...

harapnya gitu lah hendaknya..amin..;-)

AzuanBudakPandai said...

okay...nanti aku senyap je hoho

JMR said...

senyap tak bereerti kalah..ahahha

sI tEDI said...

huH!! aku kuat merajuk.. tak kuat membebel.. ekekkekeke..

tapi kaum adam kena lah terima hakikat yg perempuan mmg ada yg ske membebel!

Wanie-san said...

ok!ak akn teruskan perangai bebelku..
bleh kah JMR..muahaha..xde r...
B'suara apabila perlu..B'diam apabila
tido..zZZzzz..hihi

Anggerek said...

setuju

Dj Epoi said...

Gua bergantung gak!!

Bukannya diaorang betui semua pon hehehehehehe

Paan said...

Dude, aku sekarang bermaharajalela di sini - http://seriously-uh-ah.blogspot.com/. I'll keep following you up. Don't worry. Nice Nikon you have. I had one, old school stuff, D70. Boleh join venture photography? Hehehehe...

sophie said...

sophie rase pompuan mmg suke berleter kan? my mom,n sophie rase sophie pon daa terjebak ngan gejala tew.. nceb de kuar entry ny,tp tamaw kuwat sgt berleter..cian lak dak2 laki ny nnty...heheheh

IxoR@ said...

mmg...kena la beralah. jangan dilawan api yg sedang marak....nti habis terbakar semua....

sebaiknya senyap....sejukkan hati dlm diam....

cewaaahhhh...cik pora cakap mmg pandai...hehehehee....

:P

IxoR@ said...

dan lagi satu....setuju sangat...

DIAM tak bererti KALAH!

;)

JMR said...

si tedi : kaum adam mmg leh trime hakikat tu, tp jgn la lebey2 lak ye..hikhikhik

JMR said...

si tedi : kaum adam mmg leh trime hakikat tu, tp jgn la lebey2 lak ye..hikhikhik

JMR said...

wanie : takleh..takleh.takleh..bersuara bile perlu je ye...heheheh

JMR said...

anggerek: setuju kan..heheh

JMR said...

dj epoi..btol tu..bkn sumer btol..tp mslhnya time gitu, diorg igt, sumer diorg btol..hikhikhik

geraugebang said...

Alangkah cantiknya Islam itu. Alhamdulillah. Kak gerau pun selalu membebel. Last-last penat, sendiri berhenti. ki ki ki.

[-suziey-] said...

good point n sharing..bole x nk minta izin copy kisah ni masuk dlm my blog:)

Super Nia Hana said...

wahhhh...watashi harap semua lelaki leh baca and jadikan amalan

aminnn!!!!
aahaaakss

kew_chop said...

nok keno soh joe baco gok ni.. huhu

JMR said...

kew: suh la joe baca gak..hikhikhik