Monday, December 14, 2009

Teater..Teater..dan Teater..


Yea, teater lagi. sebulan skali teater ye..So apa yang best sgt teater NATRAH ni? Ha dah pergi tgk baru tao best ke tak, memang best&layan giler!! Tak caya, korang gi la tgk sendiri, oppss..dah abes pon showtime dia..hikhik..JMR tgk pon time extending showtime jer. Nak gi awal2 tak kesempatan maa..Mula2 igt tak mo pergi dah, tapi dah didesak & terus didesak, wa layankan ajer...memang layan, nak2 jumpa Fafau gak..layan!!


Maria Hertogh(Natrah) adalah gadis keturunan Belanda yang diserahkan oleh ibunya, Adeline dan neneknya, Nor Louisenya kepada Che Aminah untuk dipelihara tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.

Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika, dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh. Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Che Aminah yang diwakili peguam bela Encik Ahmad Ibrahim, menang kes rayuannya dan Natrah dikeluarkan daripada York Hill. Kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun dan Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin tetapi mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya.

Natijah dari konflik ni yang menyebabkan rusuhan di Singapura yang menyebabkan pertumpahan darah. Lihatlah dunia, betapa besarnya impak konflik agama, budaya & bangsa...


Setelah hampir 3jam kt Istana Budaya, akhirnya JMR jumpa gak konklusi naper ramai yang minat giler nak gi tengok teater Natrah nih. Secara kasarnya, ramai yang nak tgk kehebatan si hero Nur Kasih berteater, Remy Ishak walaupon pada hakikatnya player extra lagi banyak bercakap dari dia. Tapi JMR lagi suka Umie Aida & MAya..mantap meletops!!!
hikhikhik


  Agak2 kalo JMR yang berteater, ramai tak yang akan beli tiket semata2 utk dtg tgk teater tu?




hahahahahahahahahah

13 comments:

sI tEDI said...

he he he..
cubatrytest sekali ko berlakoN!!
ekekekekeke

miEz haNeM said...

jmr:)


sume berebot nak tgk remy tu..
jmr berebut nak tgk pe??
haaa:)

JMR said...

si tedi : aku dah try dah..blum start g, cik nunu dah bergolek gelak...hahahahah

JMR said...

miez : itu org lain nak tgk remy, jmr suka tgk org yang koyak tiket kat entrance tu jer....

░♥si lampu neon♥░ said...

best ke weh?

Cik Cookie said...

dah g tgk ke?
best kan?

saypOOL rafhtello said...

aku org yg 1st beli tiket klu JMR berlakon teater... =)

Wanie-san said...

sy booking dlu tiket klu jmr b'lakon!hihih

Tak Lawak said...

best cite ni..

Anonymous said...

Hello !.
might , perhaps curious to know how one can manage to receive high yields .
There is no need to invest much at first. You may commense to get income with as small sum of money as 20-100 dollars.

AimTrust is what you thought of all the time
AimTrust incorporates an offshore structure with advanced asset management technologies in production and delivery of pipes for oil and gas.

Its head office is in Panama with affiliates around the world.
Do you want to become a happy investor?
That`s your choice That`s what you really need!

I`m happy and lucky, I started to take up income with the help of this company,
and I invite you to do the same. If it gets down to select a proper companion utilizes your money in a right way - that`s AimTrust!.
I take now up to 2G every day, and what I started with was a funny sum of 500 bucks!
It`s easy to get involved , just click this link http://obakepew.freewaywebhost.com/jycaqy.html
and go! Let`s take our chance together to feel the smell of real money

JMR said...

cc : dh tgk dh..tunggu tiket dr ko tak dpt2..hehehe

JMR said...

neon : best woo..layan tgk umie aida n maya..hukhuk

TEDDY said...

tggu jgk bile aqasha nk blakon teater..nk g bli tiket kt grand stand lgi..u nk tiket jgk x??;p