Wednesday, August 12, 2009

::KesedehaN::

0600hrs
Blogging from my private room

**sadness** Al'Fatihah untuk atok(aki) yang telah pulang ke rahmatullah semalam setelah hampir 2tahun menderita stroke. Lately, kalo pulang ke Besut, aku susah sgt nak masok mnjenguk arwah dlm biliknyer. Bukan sbb aku tak syg or wateva, tp aku tak mampu nak tgk kesusahan or maybe penderitaan yang ditanggung arwah. Kalo org taktao, mybe diorg igt aku ni cucu yang tak cukup ajar coz enggan nengok aki sendiri sakit. Gods noe better. Sejak aku lahir lagi, memang my family dah tinggal ngan arwah aki & nek. Masa tu dok umah kedai coz ayah kena manage biz kat Besut. So better tinggal kt bandar dr ulangalik dok umah sendiri. Sejak kecil lg mmg aku rapat ngn aki. Aki aku ni memang garang, drh pahlawan katakan. Orang dok citer pasal geng2 dia bkak perkampungan kat Palembang. Not sure. and 1 more thing, kalo dlm event pape, once akuIbkk mulut bercerita pasal pape, sume org akan terlopong dok dengar. Maybe isi olahan dia sgt menarek sampai aku rasa kalo aki aku ni masok politik, confrim kalah Annuar Ibrahim nih. Maybe gak aki leh jadi pakar motivasi. Sapa tahukan.Aki memang garang. Org citer, zaman2 muda, dia tyco kat kg. Ntah la.Masa aku kecik ,slalo gak gadoh ngn dia. Coz aku cucu yang rapat ngn dia kt umah kedai tu. Agaknya, dah taktao nak bwt pe, ngn cucu sendiri pon nak cari gaduh. Satu kedai dia kejar aku coz bengang aku kaco dia. Yela, mana aku tau, time tu aku kecik lg, baru 3,4tahun. Dah tu time aku kecik, memang aku ni buas & tak reti dok diam. Tau nak kaco aki aku je. Rasanya takat kena lempang ngn aki aku, dah biasa kot. Tak igt la plak, kot2 aku pon ade lempang dia gak.heheh...
Ya, time aku kecik gk, kalo aku sakit pape,demam ke, gusi berdarah ke, sakit pala ke, conjuntivitis ke, campak ke..takyah nak susah g hospital ke klinik. Aki ni terer kalo bab2 medicine ala2 kg.Pakai akar kayu je, walaupon masa kecik aku nah terpikir, apa yang berkhasiat sgt akar kayu yg rupanya taktau nak ckp mcm apa. But, he did it. Aki aku gak pantang kalo anak cucu esp yg gurl pakai sexy2 or gedik2. Dia sound direct je even sepupu aku yang kecik pon,kalo pakai skirt mmg kena sound la nye. Aki aku ni walaupon tak educated, tp sumer anak2nyer berjaya. Ada jadi businessman, jadi guru besar, jadi Pegawai Bank & Duta Malaysia. Tp satu yang respek, dia tak nyombong & ninggi diri. Basikal buruk gak yang digunanyer utk ke kebun sampai la saat2 dia btol2 tak mampu berjalan. Ohh ya, b4 guna basikal tu, aki slalo ulang alik g kebun nek sampan. Sampai klasik pakai kayu waterproof. Last sampan tu hilang kena curik ngn mat pit mana ntah. RIndu wo nak nek menda alah sampan cam gitu.
Masih jelas lg yg aku igt, first time aku balik Malaysia dr Japan after baper tahun kt sana, aki gk la yng merawat aku or better i can say, merawat jiwa aku yang agak lari akidahnya.haha..yela, dah baper tahun kt negara bukan Islam, mestila sedikit sebanyak aku dah termakan benda2 yang tak patot aku makan. And natijahnya, aki suh aku samak jiwa aku. Aduh, siap kena minum air tanah tu.ala yang mcm kita samak kalo terkena anjing or babi tu la. ayoyo..cam tak logik je method tu, tp tu la yang DAH aku buat before nih. Macam2 la kaedah nyer kan. Alhamdulillah, at last, jadik gak aku orang yang agak berguna, oit at least berguna utk diri aku sendiri maa..
Lebih kurang 2tahun sebelum ni, first aki kena stroke. Halfbbody je. Tp still efek kat dia nyer aktiviti. Sedih nengok aki aku nih. Time masih mampu bergerak cara lelok, dia seorang yang sangat aktif. Tak reti dok diam. Travel takyah cakapla. Dah kata anak2 pon dok oversea. Mekah,Australia, Canada, Singapore, Thailand,Indon etc sume dah pon dia sampai. See, takyah jadik engineer, doctor ke apa sume pon leh sampai ke tempat org per. Tapi since dah kena stroke, sume aktiviti dia dah terbatas. Lagi teruk, bila keadaan makin lemah dan dah tak mampu nak berdiri guna daya sendiri. Thanx tu bibik Siti yang siang malam berjaga utk jadi babysitter aki. No wonder la semalam, masa dia call nak bgtau aki dh takde, dia nanges teresak2.I know, dia mesti lagi sedih sbb dia yang jaga makan minum aki, even tukar lampin XXXL aki pnodia yang buatkan.Padahal dia juz org gaji, bukan anak aki!.Thanx a lot for jaga aki utk kami sumer.

Giler..tetiba lak air mata aku mengalir. Last my tears, tak igt bila, tp yg sure dah lama xkuar. Even kena dumb ngn my ex pon, my tears is not for girl. Bila tetiba je kehilangan gini, memang rasa sgt sedih. Kalo nak taip citer memori aku ngan aki, memang sampai ke esok pon tak abes. Aku nak sangat balik. Arwah akan dikebumikan pas Zohor petang nih. Pas dapat biter semalam, aku pack2 brg sbb nak balik. Eira drive antar balik Damansara. Just tunggu makchek setel hal H1N1 kt spital. Tapi cancel coz dah lewat sgt.So kami plan nak amik flight pagi esok, beli on the spot. Bangun je kol4am, machek cakap aku sorang je yang akan fly. Ok, i can travel alone wat?. Sampai je airport kol5am, ayah call tak bagi balik.What?Alasan, maybe aku pon suspected H1N1 coz my contact ngn my kazen.so taknak kena org kg..aduhh...My big boss nyer decision mmg aku tak reti nak betah. Patah balik ke Damansara walaupon dalam hati aku meronta2 nak balik tgk aki buat kali terakhir...

Aki...MAAF, JAJA TAK SEMPAT NAK ZIARAH TGK AKI BUAT KALI TERAKHIR. TAPI JAJA BTOL2 NAK BALIK, tp AYAH YANG TAK BAGI. JAJA DOAKAN AKI SENTIASA TENANG DAN DITEMPATKAN BERSAMA-SAMA ORANG YANG BERIMAN DI SANA. TERIMA KASIH DI ATAS SEGALA KENANGAN DAN TUNJUK AJAR SEJAK KECIL SAMPAI SKANG. LUV & MISS U SO MUCH.





**On Leave today. I need a time**

3 comments:

anggerek.com said...

be patient k.
allah lebih sayang kan arwah. moga rohnya tenang dn dicucuri rahmat.

Takziah & Al-Fatihah

miss pumpkin (reen) said...

Takziah & Al-Fatihah .

Sabar & sentiasa la doakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang dikasihi Allah s.w.t.

t.care

JMR said...

thanx mutia & reen..:-)