Friday, June 17, 2016

SIAPA TAHU? : CARA BUAT VIDEO 'TIME FREEZE'

Style TIME FREEZE adalah trend terkini dalam penghasilan video sama ada video majlis perkahwinan atau lain-lain majlis.

Siapa tahu cara nak buat video TIME FREEZE ni?
Ramai tak tahu. Nasib baik team KAIO Studio dah reveal 'Behind The Scene' dalam video kat bawah ni..




Hasilnya akan jadi seperti video di bawah ini. Terbaik!



Kepada bakal pengantin yang inginkan hasil video sebegini, boleh dapatkan servis cinematografi & videografi daripada diorang.

Harga? Aku tak pasti, kena tanya direct dengan diorang..

Wednesday, June 15, 2016

SIAPA TAHU? : CARA-CARA MENGESAN JIN PADA BADAN

Cara2 Mengesan Jin Pada Badan Mengikut Pandangan Pengamal Perubatan Tradisional Dari Indonesia :
1. Kalau berada di dalam rumah, muka arah kiblat, dongak ke atas beberapa saat.
2. Pejam mata rapat2, baca Bismillah, dan niat nak tengok jin apa di badan kita. Tarik nafas dengan pelahan.
3. Tundukkan kepala dan dengan perlahan buka kedua2 mata.
4. Lihat bahagian pinggang kebawah.
5. Sekiranya ada jin pada tubuh kita boleh mengetahuinya semasa membuka mata tadi dengan cara mengesan jenama jin tersebut samada Lee, Levi's, Edwin, Lee Cooper, GA Blue, Wrangler dan seumpamanya.
6. Teruskan membaca istighfar, jangan marah.. kalau marah2 dah bukan jin, setan dah tu.

Ampunnn...aku pun copy paste..gurau-gura selepas moreh!

😂😂😂😂



scsssdfsff

Tuesday, May 31, 2016

SIAPA TAHU? : 11 HABIT ORANG KAYA YANG ANDA MUNGKIN TAK TAHU!

Ramai di antara kita suka ambil tahu bagaimana cara orang kaya buat duit. Tetapi tidak ramai yang ambil tahu bagaimana orang kaya ini 'struggle' untuk kekalkan kekayaan mereka. Bak kata pepatah, "NAK BERJAYA ITU SENANG, UNTUK MENGEKALKAN MOMENTUM KEJAYAAN ITU AMAT SUKAR"




Tuesday, May 26, 2015

Food Review: U-Cafe Wangsa Walk - cafe best!

Assalamualaikum wbt..

Kali ni story pasal makanan yang enak-enak di satu cafe best di Wangsa Walk Mall, U-Cafe Wangsa Walk. Pernah pergi ke sana tak? Kalau belum, bolehlah pergi ke sana hujung minggu ni. :-)

Sambil makan dan cuba menu-menu terbaru dan sedap di U-Cafe, sambil kita berchit-chat dengan blogger-blogger yang sempat meluangkan masa pada sesi kali ni.

Kami dihidangkan dengan menu terbaru di U-Cafe Wangsa Walk ni. Nasu Kukus. Sebenarnya, menu ini boleh didapati di mana-mana, tetapi di U-Cafe ni, menjadi istimewa bila nasi kukus ni dimakan dengan ayam goreng berempah istimewa bersama sambal belacal sedap dengan harga hanya RM3!! Mana nak cari makanan dengan harga semurah RM3 di KL kan?

Ayam goreng berempah sedap.

Hidangan berbuka. Ada kurma. Ada kerabu taugeh. Pertama kali makan, sedap!

Sup daging blackpepper. Ada rasa pedas blackpepper. Sesuai untuk juadah berbuka ni.

Chicken boxing.

Selesai menu pertama kami, kami di bawa ke ruang makan di tingkat atas U-Cafe. Untuk makluman, U-Cafe Wangsa Walk ni mempunyai 2 ruang makan, atas & bawah. Yang tingkat atas, boleh memuatkan sehingga lebih 60 orang dalam satu-satu masa.

U-Cafe juga menyediakan pelbagai menu ala-carte, daripada masakan timur hinggalah masakan barat. Boleh pilih mana yang berkenan di hati. Oh ye, menu di U-Cafe adala 100% HALAL, sijil pengiktirafan siap dipamerkan di ruang makan. Jadi, sila makan tanpa was-was.


Kami dihidangkan lebih kurang 20 menu untuk dicuba rasa pada hari tersebut. Sedap-sedap semuanya. Nak tahu menu sedap dan menarik di U-Cafe Wangsa Walk? Jom skrol ke bawah dan sila tahan air liur yang meleleh keluar tu ye.

Combo platter.

Seafood Platter.

Spaghetti Aglio Olia Sea Scallop. Ni mesti kena dengan selera penggemar 'scallop'.

Italian Beef Carbonara with Egg Yolks. Menu ni jadi kesukaan ramai pelanggan di U-Cafe. Enak bangat!

Ala-ala 'dancing fish'..tapi ni 'Flying Fish Rice with Soy sauce'..rangup ikan tu..

Penggemar western food, bolehlah mencuba Signature Combo Mixed Grilled ni. Konfem puas hati dan perut anda.

Lamb Rack.

Buat mereka yang taknak makan menu 'berat', boleh la cuba Cantonese Kuew Teow ni. Sedap.

Ada gak Laksa ni..sedappppnya....

Ruang makan di bahagian atas U-Cafe ni sesuai untuk diadakan majlis-majlis khas, seperti majlis hari jadi, atau meeting untuk kompeni korang. 

Credit foto: JMR23.COM

Oh ye..di bulan Ramadhan nanti, akan ada hidangan istimewa untuk berbuka puasa. Jangan lupa singgah dan menjamu selera di U-Cafe Wangsa Walk semasa berbuka nanti ye.

Alamat U-Cafe Wangsa Walk:
GL-06 Wangsa Walk, Wangsa Avenue,
No 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur, Malaysia
No. Tel: 03 41319686
Facebook: U-Cafe


Alamat U-Cafe Sungei Wang Plaza:
C025, Sungei Wang Plaza, 56100 KL.
Series, sangat berpuas hati dengan menu-menu di U-Cafe Wangsa Walk dengan harga berpatutan. Highly Recommended cafe untuk korang cuba!

Thursday, May 21, 2015

Tak payah kerja, MAIN INSTAGRAM untuk teknik pemasaran

Lately, makin ramai kawan di sekeliling aku yang mula ambil langkah berani, RESIGN dan mula mengorak langkah dalam bidang perniagaan.

Tapi langkah mereka bukan dalam masa yang singkat, hari ni resign, esok buka kedai. Tidak.

Ada yang dah bertahun menceburi diri dalam bisnes online. Ada butik online.  Bila dah maju, buka butik fizikal. So, dari customer di alam maya ke alam realiti.

Untuk mereka yang tak faham dan bukan berada dalam 'dunia online', mesti tak percaya yang perniagaan internet pun mampu menjana pendapatan lumayan.

Logiknya, perniagaan internet sama ada menggunakan 'marketing strategy' kot media sosial, blog atau email, berpotensi mendapat pelanggan melangkaui kawasan, umur, jantina etc..

Bagaimana caranya untuk menceburi bidang perniagaan di Internet ni?


Salah satu, dengan bermula di kedai maya INSTAGRAM.

Instagram merupakan satu-satunya media sosial yang mempunyai kuasa 'engagement' yang tinggi dan trafik percuma yang terbaik setakat ini. Kurangnya persaingan di platform ini membuatkan biasnes anda akan melonjak naik dengan cepat!

Mungkin buat korang yang tak pernah bermain dengan INSTAGRAM, aku 'blurr' dan tertanya-tanya cara dan bagaimana.

Ada orang sanggup bayar beratus dan beribu ringgit untuk mempelajari selok-belok di perniagaan internet. 

Tak salah, tapi tak guna bila ilmu tak dipraktikkan.

Tapi kalau ada CARA BERNIAGA DI INSTAGRAM yang lebih murah dan jimat, tapi tak grab, itu yang salah. Duit yang lebih tu, boleh dijadikan modal tambahan untuk 'boost' bisnes korang..

Dipendekkan cerita, untuk korang yang ingin mula menjual di Instagram, boleh tahu cara-caranya DI SINI.

Selamat berjaya sebagai usahawan di Internet!